Rayuan kes ‘main belakang’ KJ-Anwar ditetapkan pada 10 Dis
Rayuan kes ‘main belakang’ KJ-Anwar ditetapkan pada 10 Dis |
Rayuan permohonan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kepada mahkamah persekutuan berhubung perintah yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM210,000 kerana memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini ditetapkan pada 10 Disember.
ARTIKEL MENARIK: TERKINI: Gagal tunai janji, Adam Adli tuntut Menteri Pendidikan mohon maaf ISU PTPTN
Tarikh itu pertama kalinya ditetapkan pada 12 September tetapi kemudian ditangguhkan hingga hari ini. Perkara itu ditangguhkan oleh mahkamah sekali lagi hari ini dan 10 Disember ditetapkan untuk tarikh perbicaraaan.
Ketika dihubungi, peguam Anwar, J Leela memberitahu Malaysiakini mengenai tarikh baru itu selepas pengurusan kes.
“Jika permohonan diberikan pada 10 Disember (untuk Khairy) maka satu lagi pengurusan kes akan ditetapkan selepas pendengaran,” kata Leela.
Pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mendapati Khairy bersalah memfitnah Anwar berhubung dengan kenyataannya bahwa “Anwar main dua-dua ikut belakang….” yang dibuat 10 tahun lalu di sebuah ceramah di Lembah Pantai, sebelum pilihan raya umum ke-12.
Menurut hakim, dakwaan yang dibuat oleh Khairy adalah serius dan memfitnah plaintif.
sumber Mkini
Post a Comment