Pemandu Teksi Ini Mengamuk Di Plaza Tol Sebab Tak Dapat Resit Tiba Tiba Datang Seorang Lelaki Dan Perkara Yang Tidak Dijangkakan Berlaku
Pemandu Teksi Ini Mengamuk Di Plaza Tol Sebab Tak Dapat Resit Tiba Tiba Datang Seorang Lelaki Dan Perkara Yang Tidak Dijangkakan Berlaku |
Dulu memang jika tiada resit pembelian atau pembayaran memang tidak boleh claim (tuntut) dari syarikat atau pelanggan. Resit adalah bukti transaksi kita. Sekarang dah masuk 2018 dan nak masuk 2019 lagi sebulan lebih sahaja.
Video Penuh Berada Di Bawah Artikel
Zaman sekarang kebanyakkan syarikat memang tidak keluarkan resit dan zaman teknologi sekarang adalah zaman online.
ARTIKEL MENARIK: Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau, Wanita Ini Kongsi Cara Betul ‘Upload’ Foto Di Media Sosial.
Artikel dibawah ini dipetik dari MSTAR ONLINE mengenai RESIT TOL
Plus Malaysia (Plus) akan berhenti mengeluarkan resit tol di semua plaza tol kendaliannya mulai 19 Mac ini.
Ketua Pegawai Operasi Plus Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata langkah itu diambil untuk mengelakkan kesesakan kenderaan keluar ke lebuh raya.
“Matlamat pelaksanaan transaksi tol secara elektronik sepenuhnya yang lebih pantas dan mudah sukar dicapai sekiranya masih terdapat sesetengah pengguna lebuh raya masih mahu mencetak resit tol bagi perjalanan mereka.
”Tindakan itu akan menyebabkan kesesakan di lorong terbabit dan akan mengganggu perjalanan pengguna di lorong berhampiran,” katanya dalam kenyataan, Khamis.
Zakaria menyarankan pengguna mendaftarkan kad PlusMiles atau Touch ‘n’ Go mereka di www.plusmiles.com.my atau www.touchngo.com.my bagi membolehkan mereka mencetak penyata transaksi elektronik.
Bagi kenderaan berat atau kenderaan komersial, penyata transaksi mereka dapat diakses apabila mendaftar menerusi program PlusTrack. – Bernama
SUMBER : MSTAR ONLINE
PEMANDU TEKSI MENGAMUK HANYA KERANA RESIT
Tular di media sosial tentang seorang pemandu teksi berdegil tidak mahu berganjak dan tidak mahu membayar tol yang berjumlah RM3.70. Menurut pemandu teksi tersebut bagaimana dia nak claim dengan penumpang jika tiada resit dikeluarkan.
Pekerja tol tersebut telah berulang kali memberitahu bahawa segala resit tol telah diberhentikan dan pengguna harus muat turun di website Touch And Go ( www.touchngo.com.my )
Pemandu teksi ini berdegil dan disebabkan itu laluan tol tersebut menjadi sesak dengan kereta beratur.
Datang Seorang Lelaki Untuk Selamatkan Keadaan
Video yang berdurasi 4 minit lebih itu telah mendapat banyak reaksi yang tidak begitu baik yang dituju kepada pemandu teksi tersebut. Rata rata netizen menyifatkan pemandu teksi tersebut mementingkan diri sendiri dan tidak mengikut peredaran zaman.
Datang seorang lelaki (munkin pemandu yang beratur di belakang teksi) dan menanyakan apa masalah. Setelah tidak dapat jalan penyelesaian, lelaki tersebut berkata jika dia bayar RM4 boleh tak pemandu itu pergi. Dan pemandu teksi itu kata okay.
Anda layan la sendiri video dibawah..
Salute dan tabik spring pada lelaki ‘HERO’ yang bayar untuk pemandu teksi ini pergi. Pemandu teksi ini nasib baik sebab brader ini jenis cool je .. kalau datang Abang Ali PPIM .. taktau lah apa nasib ko .. haha!
Artikel By: KL Viral
Post a Comment