Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir@l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir@l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir@l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir@l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield
Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir@l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

Polis Nafi Anggotanya Terlibat Dalam Rusuhan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan penglibatan anggotanya dalam rusuuhan Kuil Sri Maha Mariaman, Seafield, pada pagi Isnin di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau menjelaskan video dan gambar individu yang tular di media sosial berpakaian uniform polis yang dikaitkan dengan rusuuhan kuil baru-baru ini adalah tidak benar.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Dalang Terbongkar Dan Mereka Memberi Upah Yang Lumayan Rupanya. Tan Sri Muhyiddin Yassin Membuat Kenyataan Ini


“Itu salah, dia bukan polis, kami dah buat semakan dan hasil, individu terbabit bukan anggota polis, dia hanyalah polis sukarelawan simpanan atau PVR yang telah lama dibuang perkhidmatan,” katanya dalam sidang media pagi ini.
Gambar dan video individu itu mula tular dan beberapa kenyataan dan komen pengguna media sosial mengaitkan dia dengan rusuhan kuil itu.
Kredit: info roadblock

One City nafi tuduhan berkait Kuil Sri Maha Mariamman

KUALA LUMPUR: Syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) menafikan tuduhan pihaknya terbabit dalam rusuuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan hari ini, pihaknya menyifatkan tuduhan dilemparkan terhadap mereka berniat jahat dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kegan@san dalam kejadian terbabit.

“One City mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam mengendalikan kuil terbabit yang masih berada di kawasan berkenaan. Sebarang tuduhan bertentangan dengan perkara itu adalah tidak benar dan One City berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan sedemikian.

“Ia bukan satu kelebihan kepada One City untuk mewujudkan suasana kurang selesa, ketegangan dan masalah terhadap tanah milik syarikat ini sendiri seperti didakwa segelintir pihak.



“Perkara itu hanya akan mengakibatkan proses undang-undang yang panjang dan terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa bagi memudahkan proses pemindahan kuit itu secara teratur dan aman,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, pihak yang mengikuti perkembangan kes itu boleh menilai fakta sebenar mengenai pemindahan kuil terbabit, sekali gus membuktikan fakta bahawa One City sudah menunda perlaksanaan writ beberapa kali dan mencari kaedah terbaik bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar.

“Pihak One City berharap urusan pengambilalihan tanah terbabit dapat dilakukan dengan cara yang betul dan aman selaras dengan perintah mahkamah dan persetujuan kehakiman diperoleh.

“Semua pihak diminta mematuhi perintah mahkamah, pihak polis, kakitangan One City dan mana-mana pihak yang yang menjalankan tugas mengikut undang-undang,” katanya.

Pada 28 September lalu, satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil itu mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pada 25 Oktober lalu, kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di kuil berkenaan ketika urusan pemindahan dijalankan.

Kenyataan Menteri Perpaduan Berkenaan Isu Rob0h Kuil
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memberi jaminan kerajaan tidak akan merobohkan Kuil Sri Maha Mariamman dekat USJ 25, Subang Jaya, sehingga mencapai satu kata sepakat.

Waytha Moorthy berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian sebaik mungkin termasuk mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, bagi memastikan kuil itu dapat dikekalkan.

“Keluhan mengenai insiden itu akan dibawa kepada perhatian Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), ia akan dibincangkan di peringkat tertinggi.

“MB Selangor (Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari) juga sudah memberi persetujuan beliau kepada saya untuk membincangkan masalah ini.

“Wujud juga ketegangan rakyat pelbagai kaum akibat insiden itu.

“Saya menyeru semua pihak supaya bertenang, biar polis mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit (dengan rusuuhan),” katanya pada sidang media, di kuil itu, hari ini.



Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dan EXCO Selangor, V Ganabatirau. Sementara itu, Kulasegaran berkata, wujud keperluan untuk menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“YB Moorthy dan saya akan terus jumpa Perdana Menteri serta merta berbincang untuk mendapatkan satu penyelesaian yang muktamad.

“Saya khuatir kerana ini bukan kuil pertama, di seluruh negara ada ratusan kuil dalam keadaan sama disebabkan pembangunan dan sebagainya. Jadi, kita perlu cara jalan penyelesaian jangka panjang dan konsisten dalam hal ini.

“Kerajaan mahu pastikan rakyat berbilang kaum dan bangsa di negara ini terus hidup dalam keadaan harmoni dan aman,” katanya.

Sumber: Ciplakstreet VIA cegitucegini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post