Akhirnya Dalang Terbongkar Dan Mereka Memberi Upah Yang Lumayan Rupanya. Tan Sri Muhyiddin Yassin Membuat Kenyataan Ini
Akhirnya Dalang Terbongkar Dan Mereka Memberi Upah Yang Lumayan Rupanya. Tan Sri Muhyiddin Yassin Membuat Kenyataan Ini |
PUTRAJAYA: Siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, kelmarin.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan berkenaan.
ARTIKEL MENARIK: Ada Lagi Yang Datang Berkumpul. Ini Tindakan Polis Kepada Kumpulan Tersebut
“Siasatan polis mendapati peguam syarikat pemaju mengupah sekumpulan lelaki untuk ceroboh dan kawal kuil sebelum polis datang ke tempat kejadian.
“Sejumlah RM150,000 diserah kepada ketua kumpulan ini yang mana setiap orang diberi upah antara RM150 hingga RM300.
MUHYIDDIN ketika sidang media Isu pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya pada 26 November 2018 di Putrajaya. – NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
“Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda. Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Ditanya sama ada wang upah berkenaan diberi oleh pemaju, Muhyiddin berkata pihaknya kita tidak menolak akemungkinan itu.
Dalam kejadian awal pagi kelmarin, 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.
Akibat kejadian rusuhan itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh berada di dalam keadaan kritikal.
One City Development Sdn Bhd adalah pemaju yang memiliki tanah kuil berkenaan.
Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE
Ulasan Dari Berita ( Sumber Youtube )
Satu sidang media diadakan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya, Selangor pada jam 12 tengah hari tadi.
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, firma guaman yang dilantik oleh syarikat pemaju One City Development Sendirian Berhad dilaporkan menjadi pencetus kepada kekecohan Isnin lalu.
Beliau berkata, syarikat peguam berkenaan memberi upah sehingga RM150,000 kepada kumpulan yang didakwa menceroboh tapak kuil itu.
Kredit : KLViral
Post a Comment