Pereka Fesyen Ini Kesal Dengan Sikap Amelina Dan Tidak Akan Menaja Pakaian Untuk Gegar Vaganza Lagi. Puncanya Boleh Buatkan Pereka Fesyen Lain Pun Bengang

Mengada suruh buat baju, dah bagi tak nak pakai pulak ! ‘No more’ Amelina!” – Razman Razmi kecewa dengan kerenah Amelina

*video sekadar hiasan

PEREKA fesyen Razman Razmi kesal dengan pihak Amelina yang enggan memakai busana yang telah direka untuknya bagi menyertai separuh akhir Gegar Vaganza kelima (GV5).

ARTIKEL MENARIK: “Saya Dah Warning Sebelum Ini,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k

Razman berkata, dia amat kesal kerana Amelina dan pihak pengurusan artis berkenaan sebenarnya telah meminta dia menghasilkan sepasang busana dan telah bertungkus lumus membuatnya namun pada saat-saat akhir, mereka memilih pakaian daripada pereka fesyen lain.

Razman Razmi tidak sangka pihak pengurusan Amelina menolak untuk memakai baju yang telah dibuat pada saat akhir. Foto Instagram: @razmanrazmikualalumpur.

“Saya setuju nak buat baju Amelina untuk minggu ketujuh disebabkan ada kenalan rapat yang minta tolong walaupun sebenarnya saya dah menarik diri daripada menaja pakaian peserta GV5. ‘No more’ lepas ni.

Luahan Razman Razmi menerusi laman sosialnya.

“Tapi apabila baju dah siap dan pihak pengurusan Amelina minta saya datang bawa baju untuk fitting, mereka kata tak nak pula sebab nak pakai baju pereka fesyen lain.“Niat saya nak menolong tapi mereka buat macam ni pula. Kalau dah ada baju, buat apa minta tolong saya lagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dia diminta mengulas mengenai status panasnya yang mengkritik pihak Amelina dan pengurusan artis itu kerana tidak memberi kerjasama yang baik dalam urusan penyediaan pakaian dalam pertandingan berkenaan.

Razman Razmi menaja pakaian Amelina sejak awal promosi sehingga minggu kelima konsert GV5.

Razman Razmi Kuala Lumpur merupakan butik yang menaja pakaian penyanyi dangdut itu dari awal promosi sehingga minggu kelima konsert GV5.

Dalam pada itu, Razman berkata, dia sudah serik untuk berurusan dengan artis berkenaan selepas kejadian berkenaan termasuklah pihak produksi rancangan tersebut kerana mendakwa mendapat layanan buruk.

“Selepas ini memang pihak saya dah serik dan tak nak bekerjasama dengan mereka lagi. Walaupun saya baik dengan salah seorang daripada pengurusan itu, tapi saya hanya akan tolong dia sahaja tapi bukan mereka,” ujarnya.

GV5 berlangsung setiap Ahad di Dewan MBSA, Shah Alam dan disiarkan menerusi Astro Ria.

sumber MediaBintang

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post