“Saya Dah Warning Sebelum Ini,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k

“Saya Dah Warning Sebelum Ini,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k

“Saya Dah Warning Sebelum Ini,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k

“Saya Dah Warning Sebelum Ini,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k
“Saya Dah Warning Sebelum Ini,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k

“Saya dah warning sebelum ini jangan sebarkan klip atau full movie Munafik 2 di media sosial, tetapi degil. Akhirnya mahkamah jatuhkan hukuman pada seorang pesalah untuk membayar ganti rugi RM100,000 kepada pihak Skop Productions,” demikian tulis Syamsul Yusof di Instagramnya baru sebentar tadi.

“Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, plaintif-plaintif serta defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Productions dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2, memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain tanpa keizinan.”

ARTIKEL MENARIK: Bekas Menantu Chef Wan Mengaku Murtad!!


Menurut Pengarah filem Munafik itu, lebih ramai lagi individu yang akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang sama iaitu menyebarkan filemnya di media sosial.

Dalam pada masa yang sama, Syamsul menyeru pihak Finas dan kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas dalam usaha menangani masalah cetak rompak sama ada di tepi jalan atau di media sosial.

View this post on Instagram

Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie “Taiping, 13 November – Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri
A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on Nov 12, 2018 at 7:43pm PST
“Wahai Finas, wahai kerajaan baru, tolonglah buka mata isu cetak rompak filem tempatan yang tak ada kesudahan ini. Sama ada cetak rompak tepi jalan atau pun media sosial. Kita perlukan undang-undang baru yang lebih ketat. Please wake up,” katanya.


Oktober lalu, Syamsul Yusof telah memfailkan saman terhadap Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, yang atas dakwaan melanggar hakcipta filem terbitan Skop Productions.

Difahamkan, pihak Syamsul telah memberi amaran kepada Muhammad Izwan tetapi tidak diendahkan malah mencabar pihaknya untuk mengambil tindakan.

Bagaimanapun, lelaki itu menegaskan dia tidak bersalah kerana dia hanya sekadar berkongsikan link untuk memuat turun video filem tersebut, bukannya memuat naik video itu di media sosial.

Sumber: The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post