Pekerja Asing Akan Mula Dilindungi PERKESO Bermula 1 Januari 2019 Tetapi Ada Satu Yang Mereka Tidak Akan Dapat
Pekerja Asing Akan Mula Dilindungi PERKESO Bermula 1 Januari 2019 Tetapi Ada Satu Yang Mereka Tidak Akan Dapat |
PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mulai 1 Januari depan.
Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata langkah itu selaras dengan Konvensyen Kesamaan Rawatan (Pampasan Kemalangan) 1925 (No 19) dan Jawatankuasa Persidangan Penggunaan Piawaian di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
“Majikan yang menggaji pekerja asing dengan dokumen sah termasuk ekspatriat mesti mendaftarkan pekerja mereka dengan PERKESO dan menyumbang kepada Skim Bencana Pekerjaan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
“Manfaat di bawah skim ini termasuklah faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, elaun kehadiran berterusan, faedah dan pemulihan tanggungan serta kos penghantaran balik RM6,500 termasuk pengebumian.
ARTIKEL MENARIK: Seorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda Ditanggalkan
TIADA SKIM PENCEN
“Bagaimanapun, pekerja asing tidak akan dilindungi oleh Skim Pencen Ilat di bawah Akta 4,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, majikan boleh hadir ke 54 pejabat PERKESO di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak untuk mendaftar pekerja asing mereka.
Katanya, Kementerian Sumber Manusia bersama PERKESO akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan dalam masa terdekat. Sumber : BHARIAN ONLINE
5 Perkara Penting Anda Perlu Ketahui Tentang PERKESO
Apa Itu PERKESO?
Jika anda teliti slip gaji setiap bulan, anda pasti akan terlihat bahawa sebahagian dari gaji kasar anda telah diperuntukkan untuk potongan PERKESO. Sama seperti potongan KWSP, majikan anda juga wajib untuk membuat peruntukan PERKESO untuk pihak anda.
Petubuhan Kebajikan Sosial merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Selain daripada itu, pertubuhan ini juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka.
Ia merupakan satu kesalahan jika majikan tidak membuat potongan PERKESO untuk pekerja mereka. Untuk semak samada majikan anda melaksanakan tanggungjawab tersebut, sila rujuk laman web eSemak, atau di cawangan PERKESO.
Kadar caruman PERKESO akan bergantung kepada jumlah gaji anda. Anda boleh rujuk disini untuk ketahui berapa potongan yang perlu dibuat oleh pekerja dan majikan.
Apakah Faedah Caruman PERKESO?
Terdapat dua skim dibawah PERKESO, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Skim Bencana Pekerjaan ialah untuk kecederaan sementara yang menyebabkan pekerja tidak dapat bekerja untuk tempoh kurang dari 4 hari. Rawatan akan diberikan sehingga pekerja pulih sepenuhnya.
Antara faedah dibawah Skim Bencana Pekerjaan ialah:
Faedah PerubatanFaedah Hilang Upaya SementaraHilang Upaya KekalLayanan SentiasaOrang TanggunganPemulihan Jasmani atau Vokasional‘Return To Work’Pengurusan MayatFaedah Pendidikan
Untuk Skim Keilatan, ia ditafsirkan sebagai “suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin diubati, dan kehilangan sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan berbanding pada individu normal, menyebabkan pekerja tidak boleh bekerja dan kehilangan sumber pendapatan.”
Faedah yang tersenarai dibawah Skim Keilatan ialah:
Pencen IlatBantuan IlatElaun Layanan SentiasaPencen PenakatFaedah Pengurusan MayatKemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan DialisisProgram ‘Return To Work’Faedah Pendidikan
Mengapa PERKESO Sangat Penting?
Antara sebab utama PERKESO amat penting ialah perlindungan yang ditawarkannya boleh dikira menyeluruh, ditambah dengan sumbangan yang diberikan apabila anda terlibat dalam bencana di tempat kerja. Ini bermakna rawatan, dan juga rawatan susulan untuk kecederaan di tempat kerja bakal ditanggung PERKESO.
Sebagai contoh, jika pekerja ditimpa kecederaan kekal ataupun memerlukan rawatan fizikal, kos rawatan tersebut bakal ditanggung PERKESO. Ini termasuklah fisioterapi, pembedahan, anggota palsu, dan juga alatan prostetik seperti kerusi roda atau alat bantuan pendengaran.
Malah, kecederaan yang berlaku di waktu rehat (yang telah ditetapkan oleh majikan) juga akan ditanggung oleh PERKESO.
Lebih lanjut boleh pergi ke laman web sini CompareHero
Post a Comment