Mengapa Misha Omar Tutup Telinga, Muka Bkerut Semalam – Ini Jawapannya
Mengapa Misha Omar Tutup Telinga, Muka Bkerut Semalam – Ini Jawapannya |
(Skrol ke bawah untuk menonton video)
Misha Omar sekali lagi menjadi perhatian di pentas semi final Muzik-Muzik semalam apabila single terbarunya, Sampai Bila menepati ramalan ramai apabila menjadi antara 11 buah lagu yang berjaya bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33).
“Teruja sebenarnya untuk kembali. Malah dengan adanya kawan-kawan lain yang turut bertanding buatkan saya gembira. Ada baru dan lama.
ARTIKEL MENARIK: 'Kehilangan Zila sesuatu yang tak diduga'
“Malah masing-masing ada kelebihan sendiri dan lagu yang bertanding pun sedap belaka. Saya hormati semuanya,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai tahap kepuasannya di dalam mempersembahkan lagu Sampai Bila yang menjadi pilihan ramai untuk mara ke Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33) Februari depan, Misha mengakui pada awalnya di agak gementar.
Bagaimanapun, semuanya bertukar apabila mendengar sorakan para penonton.
“Pada peringkat awal, memang rasa gementar tapi bila tengok dan dengar sorakan mereka, buatkan skala gementar itu semakin menurun, alhamdulillah,” terang Misha sejurus pengumuman 12 buah lagu terbaik yang berjaya mara ke AJL33.
Berkongsi mengenai persiapannya menjelang program muzik berprestij itu, Misha memberitahu dia sekali lagi akan meneruskan sesi belajar vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat, dengan bantuan Syafiq Erwinn.
“Kalau nak tahu, beberapa jam sebelum separuh akhir pun saya telah mengadap Datuk Syafinaz dan di belakang pentas, saya dapatkan bantuan daripada Cikgu Syafiq Erwinn juga. Merekalah yang membantu.
“Kita cuba berikan vibe yang berbeza untuk malam ini,” akuinya lagi.
Ditanya mengenai aksinya ketika di pertengahan lagu, Misha memberitahu semuanya adalah sebagai drama yang selaras dengan liriknya.
“Kan masa tu part ‘maafkan aku’, jadi saya pun macam ‘eh tak nak dengarlah! So kita memang sengaja kasi drama macam tu,” akhiri Misha secara seloroh.
Dalam perkembangan lain, Misha sedang dalam persiapan konsert di Istana Budaya April Tahun depan. Turut sama berkongsi pentas ialah Noryn Aziz dan Sarah Raissuddin.
VIDEO :
Kenali Misha Omar
Samihah @ Aisah binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar (dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan) adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 6 trofi Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & masing-masing sebuah trofi Festival Filem Malaysia & Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001.
Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi-penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ning Baizura dan Jaclyn Victor sekaligus menjadi antara penyanyi wanita paling berpengaruh dan terlaris di era 2000-an.
Beliau juga antara segelintir artis Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003. Misha telah dicalonkan di MTV Asia Awards sebanyak dua kali serta terpilih untuk membuat persembahan di MTV World Stage pada 2009. Beliau juga adalah antara artis Malaysia pertama yang mempunyai akaun VEVO di laman YouTube serta lagu-lagunya juga antara lagu Malaysia yang terawal terjual di laman iTunes.
Misha merupakan salah seorang artis yang bijak menyembunyikan kisah peribadi di saat kerjaya di sedang kemuncak. Biarpun sering menjadi buruan tabloid yang dahagakan gossip-gossip liar, Misha tetap dilabel sebagai salah seorang artis yang bersih dan berdisiplin. Penampilan Misha pada penghujung tahun 2006 yang menggayakan potongan rambut ala bob dan pendakap gigi atau braces pernah mengejutkan peminatnya. Ia adalah salah satu usaha beliau untuk menyerlahkan lagi keyakinan beliau sebelum tampil dengan album ketiga. Ini bukan kali pertama beliau memotong pendek rambutnya kerana pernah menggayakan gaya rambut pendek pada tahun 2003.
Mengenai pendakap gigi pula, memang pada mulanya Misha tidak mahu memakainya kerana takut ada kesan pada nyanyian. Tetapi, setelah mendapat nasihat daripada doktor untuk kali kedua, beliau mengambil keputusan untuk memakainya. Setelah tiga minggu memakainya, ternyata ia tiada membawa apa-apa kesan pada nyanyian beliau biarpun agak kurang selesa di awal pemakaian pendakap gigi tersebut. Misha menyanyi dengan pendakap gigi untuk 3 edisi Anugerah Juara Lagu dan persembahan memukaunya di Anugerah Industri Muzik 2009 telah diberi jolokan oleh aktor Afdlin Shauki sebagai Penyanyi Gigi Besi. Misha membuang pendakap giginya pada bulan Julai 2010 ketika menjayakan watak Dara dalam teater Uda & Dara di Istana Budaya sebelum memakai retainer selepas tamat persembahan teater muzikal itu. Penampilan Misha dengan rasmi tanpa pendakap gigi adalah pada tahun 2011 menerusi album kompilasi Dia..Misha dan ternyata mendapat perhatian positif.
Pada tahun 2007 Misha mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Mohd Adam Emir (lahir 2007), pada awalnya beliau tidak mendapat hak penjagaan sepenuhnya.Hanya pada tahun 2009 beliau mendapat hak daripada tuntutan tersebut daripada keluarga asal kanak-kanak itu. Pada tahun pertama itu juga Misha dikaitkan dengan isu pengambilan anak angkat oleh wanita yang belum berkahwin di mana kebanyakan ibu yang belum berkahwin ini mengambil suntikan untuk mengeluarkan susu ibu.
Kes ini pernah mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Selain itu isu Misha menggunakan mikrofon khas bernilai RM11,000 beserta seorang jurutera bunyi juga menjadi polemik di media massa. Harfiyahnya, Misha sendiri telah memulakan trend kepada artis kelas A seperti Siti dan Anuar Zain untuk menggunakan teknologi berkualiti bagi memantapkan persembahan secara langsung mereka.
Misha pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki dalam industri muzik dan juga usahawan. Bermula dengan kisah percintaannya dengan rakan satu kampus pada tahun pertama pembabitan, pemuda yang tidak dikenali itu bagaimanapun tidak berjaya menngikat hati Misha ekoran populariti penyanyi itu yang agak mendadak selepas kejayaan Bunga-bunga Cinta. Kisah cinta Misha yang paling disebut-sebut mungkin ketika bersama pemuzik muda Fiat Hakimi pada tahun 2004 – 2006 yang mana Misha pernah mengabadikan ingatannya terhadap jejaka itu dalam lagu Jawapanmu. Fiat ketika itu sering mengiringi persembahan Misha.
Seterusnya Misha dikaitkan dengan maestro muzik ternama Ramli M.S akibat hubungan akrab mereka sebagai mentor-protege ketika proses pembikinan album ketiga.Gossip berlegar apabila Misha membawa kereta BMW yang pernah dimiliki oleh penggubah lagu tersebut. Namun semua itu tidak menjadikan satu ikatan lebih-lebih lagi hubungan Misha – Ramli bertambah erat hanya sebagai mentor dan anak didik hingga kini.
Paling mengejutkan adalah gossip cinta di antara Misha dan raja pop Jamal Abdillah sekitar tahun 2009 hingga 2010 ekoran kekerapan Misha diundang untuk berduet dengan Jamal dalam beberapa siri konsert. Namun kesemua gossip cinta ini tidak berakhir ke peringkat yang lebih serius. Terbaru Misha digossipkan sudah berkahwin dengan seorang usahawan automotif asal negerinya sendiri, Kelantan. Namun Misha berkeras menafikan malah menyangkal dakwaan kahwin senyap kerana agak mustahil untuk seorang Misha Omar melakukan perkara itu kerana banyak hati perlu dijaga.
Akhirnya pada 21 Februari 2012, Misha telah selamat mengikat pertunangannya bersama Firos Ezzwan Rossly, berumur sebaya, seorang juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tepat pada jam 1 tengahari. Majlis pertunangan mereka berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Misha iaitu di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Di majlis itu Misha menggayakan persalinan baju kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim dan menerima lima dulang hantaran berbalas lima. Acara majlis pertunangan itu menyaksikan Misha Omar menerima dua bentuk cincin, merisik dan bertunang, yang disarungkan bakal ibu mentuanya. Menurut Misha, Firos bukanlah orang asing dalam hidupnya sebaliknya adalah sahabat setia malah pernah putus cinta bersama jejaka tersebut pada tahun 2008.[11] Jodoh menyatukan Misha dan Firos dengan ikatan pernikahan pada 2 Mei 2014.[12]
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Foto: Instagram Muzik Muzik via mediahiburan,wikipedia via Edisimedia
Kredit : BeritaSteady
Post a Comment