Juara Gegar Vaganza 5. Ini Biodata Penuh Juara Gegar Vaganza Noryn Aziz Yang Ramai Tidak Tahu

Juara Gegar Vaganza 5. Ini Biodata Penuh Juara Gegar Vaganza Noryn Aziz Yang Ramai Tidak Tahu

Juara Gegar Vaganza 5. Ini Biodata Penuh Juara Gegar Vaganza Noryn Aziz Yang Ramai Tidak Tahu

Juara Gegar Vaganza 5. Ini Biodata Penuh Juara Gegar Vaganza Noryn Aziz Yang Ramai Tidak Tahu
Juara Gegar Vaganza 5. Ini Biodata Penuh Juara Gegar Vaganza Noryn Aziz Yang Ramai Tidak Tahu

Selepas 8 minggu berentap di pentas Gegar Vaganza 5 (GV5), akhirnya Noryn Aziz dinobatkan sebagai juara GV5 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, beserta pakej penginapan eksklusif Royale Chulan Hotel & Resort dan trofi tajaan Astro.

Peserta lain yang turut berentap di pentas akhir Gegar Vaganza tahun ini adalah Dia Fadila (naib juara), Zamani (tempat ketiga), Amelina (tempat keempat), Maya (tempat kelima) dan Billy Zulkarnain (tempat keenam).

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Aidil Aziz & Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis Sederhana


Biodata Penuh Noryn Aziz, Juara Gegar Vaganza 5 (2018)


Biodata

Nama penuh: Norazmahwati binti Abdul Aziz
Nama pentas: Noryn Aziz
Tarikh lahir: 26 November 1976
Umur: 42 tahun
Tempat lahir: Shah Alam, Selangor
Pendidikan: Pengajian muzik di ITM, Selangor
Pekerjaan: Penyanyi dan penulis lagu
Syarikat rakaman: Maze Entertainment Sdn. Bhd.
Media sosial: Instagram @norynaziz dan Facebook Noryn Aziz

Fakta Menarik

1. Dikenali sebagai penyanyi yang memperjuangkan muzik Jazz dan R&B.
2. Memulakan kariernya dengan menganggotai kumpulan Sister-Sister pada tahun 1996, sebelum bergelar penyanyi solo sejak tahun 1997 menerusi album Fantasi O Realiti, diikuti Alam Maya (2006) dan I’m Alright (2010).


3. Antara lagu popularnya termasuk Cerita Cinta, Fantasi o Realiti dan Lara.
4. Pada November 1998, Noryn mendirikan rumah tangga dengan suami pertamanya, Anuarol Nizam Kechik @ Hamir.
5. Noryn berkahwin buat kali kedua pada 22 Januari 2010 dengan seorang arkitek bernama Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Raja Kamarul Bahrin juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu pada 2018.
6. Perkahwinan mereka beroleh seorang cahaya mata lelaki bernama Raja Bariq Umar Shah, berusia 4 tahun (2018).
7. Sejak tahun 2011, Noryn mula tampil di khalayak dengan penampilan bertudung.
8. Melalui laporan media, suami beliau mengesahkan permohonan penceraian mereka yang difailkan sejak tahun 2017, namun tarikh yang spesifik tidak didedahkan.
9. Pada September 2018, Noryn menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing dengan 11 lagi penyanyi berpengalaman iaitu Amelina, Safura, Maya, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadila, Zamani Slam, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.
Sumber : Iluminasi
Edited : KLV

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post