Akhirnya Aidil Aziz & Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis Sederhana

Akhirnya Aidil Aziz & Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis Sederhana

Akhirnya Aidil Aziz & Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis Sederhana

Akhirnya Aidil Aziz & Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis Sederhana
Akhirnya Aidil Aziz & Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis Sederhana

SPEKULASI mengenai pertunangan pelakon Fasha Sandha dengan Aidil Aziz akhirnya terjawab apabila pasangan ini mengesahkan mereka sudah melangsungkan majlis itu pada Ahad.

Fasha atau Nur Fasha Sandha binti Hassan, 34, memberitahu pertunangannya dengan Aidil telah berlangsung di kediamannya di Ampang, Selangor dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Aliff Syukri Dedahkan Kenapa Dia Tidak Puas Pada Final Gegar Vaganza


“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.

“Saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali.

“Saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan,” katanya.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.

Bertemakan warna ungu, Fasha kelihatan anggun mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini dan disolek oleh Alha Alfa.

Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha.


Fasha disarungkan sebentuk cincin tanda pertunangan oleh ibu Aidil iaitu Rokkiah Md Noor sambil disaksikan oleh ayah Aidil, Abdul Aziz Ishak dan kaum keluarga yang datang dari Rembau, Negeri Sembilan.

Sekitar-Majlis-Pertunangan-Fasha-Sandha.

Turut hadir, ibu Fasha iaitu Tehman bersama kaum keluarganya bagi memeriahkan majlis pertunangan ini.

Sementara itu, Fasha memberitahu hatinya terbuka untuk menerima Aidil kerana personaliti dan cara dia melayan anak-anak.

Malah, pelakon drama Vila Ghazara itu juga bijak mengambil hati ibunya.

“Pak Ngah (panggilan manja) telah melamar saya pada 21 Jun lalu dan saya mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkan tentang perkara ini.

“Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima pada mulanya. Namun saya lihat kualiti yang ada pada Aidil. Dia juga cukup akrab dengan kedua-dua anak saya sejak awal saya perkenalkan kepada mereka lagi.

“Saya tertarik kerana Aidil meletak usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anak saya dengan meluangkan masa, dan bijak mengambil hati mereka berdua,” katanya.

Sumber: Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post