Daniel Arif Bekerja Di Korea Selatan Bertarung Nyawa Selepas Separuh Badan Dikisar Mesin. Rakan Menceritakan Apa Sebenar Terjadi

“SAYA berharap rakyat Malaysia dapat doakan pembedahan kedua Daniel Arif berjaya dan dia diberikan kekuatan serta kesembuhan oleh Allah SWT.”

Begitu kata Shahir, 25, rakan baik kepada rakyat Malaysia, Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, yang bertarung nyawa selepas separuh badan dari pangkal paha ke bawah hancur dikisar mesin pengisar sampah di sebuah kilang kitar semula di Samseong, Seoul, Korea Selatan, Isnin lalu.

ARTIKEL MENARIK: Norman Hakim Jumpa Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Al-Quran Anaknya

Shahir berkata, Daniel Arif kini dirawat di Hospital Suwon Ajudae, Seoul dan perlu menjalani pembedahan kedua untuk memotong pangkal paha akibat jangkitan kuman.
“Doktor memberitahu pembedahan berkenaan berisiko kehilangan nyawa, dan saya mohon orang ramai dapat mendoakan Daniel Arif diberikan kesembuhan segera.
“Kami sedang menunggu kedatangan ibu bapa Daniel Arif yang dijangka tiba esok pagi (hari ini) untuk tanda tangan borang izin pembedahan,” katanya ketika dihubungi menerusi Whatsapp, hari ini.

Apa Sebenar Yang Terjadi Pada Hari Kejadian

Menceritakan tragedi itu, Shahir berkata, rakannya yang berasal dari Pulau Pinang tiba di Korea Selatan pada September lalu untuk bercuti sebelum mereka mengambil keputusan bekerja di sebuah kilang. “Kami baru bekerja sebulan di kilang berkenaan. Isnin lalu kira-kira jam 3 petang, mesin pengisar sampah tersangkut menyebabkan Daniel Arif terpaksa mengorek sampah yang melekat di mesin bagi membolehkan ia beroperasi semula.
“Ketika kejadian, mesin sudah ditutup dan Daniel Arif diarahkan mengorek sampah dari dalam, manakala pekerja lain sedang berusaha memperbaikinya.
“Namun tidak tahu bagaimana selepas sejam lebih, mesin berkenaan ‘berjalan’ sendiri walaupun sudah ditutup menggunakan alat kawalan jauh menyebabkan separuh badan Daniel Arif dikisar dari paha hingga ke kaki,” katanya.

Katanya, menyedari kejadian itu, penyelia di kilang terus berlari dan menekan suis kecemasan untuk menghentikan mesin berkenaan sebelum menghubungi ambulan.
“Selepas ambulan tiba, bomba dan pihak hospital terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk memotong kaki Daniel Arif sebelum dia berjaya dikeluarkan dan ketika itu, dia berada dalam keadaan separa sedar,” katanya.
Menurutnya, ketika ini mereka tidak mengetahui jumlah bil hospital yang perlu dibayar dan berharap rakyat Malaysia dapat memberikan sumbangan untuk meringankan beban Daniel Arif dan keluarganya. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun Maybank 157090003447 atas nama Zainah Mohamad (ibu Daniel Arif).
Sumber : HMETRO ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post