Bermula 2019. Tiada Lagi Kelas Paling Pandai, Dan Kelas Paling Hujung..

Bermula 2019. Tiada Lagi Kelas Paling Pandai, Dan Kelas Paling Hujung..

Bermula 2019. Tiada Lagi Kelas Paling Pandai, Dan Kelas Paling Hujung..

Bermula 2019. Tiada Lagi Kelas Paling Pandai, Dan Kelas Paling Hujung..
Bermula 2019. Tiada Lagi Kelas Paling Pandai, Dan Kelas Paling Hujung..

SEMUA sekolah diminta supaya tidak mengamalkan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula tahun 2019.

Pelbagai pendapat dari guru dan ibu bapa berkenaan isu tersebut.

Baik atau buruk kesannya, mari kita hayati sedikit perkongsian mengenai pengasingan kelas oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Bermula 2019 tiada lagi pengasingan kelas. TIADA.

ARTIKEL MENARIK: Waytha Moorty Salahkan Dasar UMNO Yang Menghalang Kaum India Dalam Pembangunan..


Tiada kelas paling pandai, tiada kelas paling hujung. Setiap kelas akan dicampur aduk murid pelbagai aras. Dari yang paling laju, hingga yang paling perlahan.

Ramai orang tanya aku tentang hal ini. Baguskah? Terukkah? Sesuai ke tak? 

Mempengaruhi murid tak? Bagaimana guru nak mengajar? Bagaimana dengan murid yang terlampau laju dan terlalu perlahan?

Aku pernah menulis hal ini tahun lepas. Perkara ini ada pro dan kontranya. Ada kelebihan dan ada kekurangan.

Namun jika ditanya pendapat peribadi, aku lebih suka kelas yang diasingkan kerana pengajaran dan pembelajaran itu lebih mudah dilaksanakan kerana murid setiap kelas hampir sama arasnya.

Oh ya, itu pendapat peribadi aku. Tidak terguna pakai untuk perbahasan atau kritikan lanjut.

Berikut aku senaraikan sedikit kelebihan dan kekurangan bila kelas tidak lagi diasingkan.

1) Kelebihan asing kelas.

Murid searas dikumpulkan dalam sekelas. Sangat memudahkan guru handle kelas dan mengajar. Budaya pembelajaran murid hampir sama. Aktiviti kelas dan latihan yang sama boleh diberi.

Mereka akan berlumba-lumba untuk bersaing sesama mereka kerana aras yang hampir sama. Sesiapa sahaja boleh menjadi nombor 1 jika berusaha. Persaingan ini bagus sekali.

Murid dari kelas belakang berpeluang masuk ke kelas hadapan jika mereka usaha lebih. Ini membuatkan mereka lebih rajin untuk masuk ke kelas yang lebih baik. Murid dari kelas depan pula berusaha agar tidak jatuh dan turun kelas. Persaingan sihat!


2) Kelebihan tiada pengasingan kelas.

Murid tidak rasa dibeza-beza. Mereka rasa mereka semua sama sahaja. Tiada rasa rendah diri bila perlahan dalam pelajaran.

Murid yang pandai bergaul dengan murid yang tidak pandai. Ini memberi motivasi kepada murid perlahan. Buddy support juga wujud di mana murid laju sentiasa bimbing murid perlahan.

Budaya belajar dari murid yang pandai dan rajin ditiru oleh murid perlahan ini. Seterusnya budaya rajin membaca, selalu bertanya, berani menjawab dan tampil ke hadapan berjaya diserap oleh murid pemalu, perlahan dan slow.

3) Kekurangan asing kelas.

Mereka rasa gah bila berada di kelas hadapan. Murid yang perlahan pula segan dan malu untuk bagitahu kelas mereka.

Wujud perbandingan kelas dan sindirin,

“Oh. Dia murid kelas belakang. Patutlah.”

“Patutlah dia selalu menang. Dia murid kelas depan.”

Pergaulan murid terhad. Murid kelas depan hanya berkawan dengan kawan-kawan setaraf mereka sahaja. Jarang murid kelas depan bergaul rapat dengan murid kelas belakang.
4) Kekurangan tiada pengasingan kelas.

Pengajaran dan pembelajaran sukar dilaksanakan kerana aras murid berbeza-beza. Guru perlu menyediakan bahan yang berbeza-beza untuk murid laju, sederhana dan perlahan.

Sikap murid perlahan yang malas pula diikuti murid yang rajin dan bijak. Akhirnya ada murid yang asalnya rajin dan pintar menjadi malas dan keputusan peperiksaan mereka merudum. 

Budaya negatif sememangnya lebib cepat mempengaruhi kanak-kanak.

Murid perlahan kurang berusaha kerana sedar mereka takkan dapat merampas kedudukan dalam kelas dari murid pintar. Persaingan dalam belajar akan kurang kerana mereka tidak risau turun kelas lagi.

Murid juga hanya bergaul sesama mereka. Tiada peluang naik atau turun kelas dari darjah 1-6. Ini membuatkan hubungan mereka sesama batch mereka renggang. Tidak pernah bertukar kelas bermaksud tidak membuat kawan baru. Hanya rapat dengan kawan sekelas sahaja.

Namun, aku berpendapat saringan dan pengasingan untuk tahun 1 dan 6 sangat perlu diwujudkan.

Tidak lah aku minta asing semua. Cukup kenal pasti murid yang langsung tak tahu baca kira (LINUS) dan asingkan mereka dalam satu kelas untuk dipulihkan oleh guru pemulihan dan guru beredar.

Contohnya ada 5 kelas tahun 1. Kelas pertama hingga ke empat tiada masalah jika dicampur aduk antara murid laju dan sederhana. Namun pada aku, kelas kelima perlu diasingkan murid LINUS supaya pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Jika dicampur mereka dengan murid yang terlalu laju, aku risau mereka akan terus ketinggalan kerana guru tidak boleh memberi tumpuan khusus pada mereka sahaja.

Masa guru terpaksa dibahagi untuk membimbing murid laju, sederhana dan perlahan. 

Perhatian untuk mereka pasti berkurangan dan ini tidak bagus.

Apa pun, KPM telah mengeluarkan arahan, tiada lagi pengasingan kelas. Arahan itu wajib dipatuhi.

Apa yang aku tulis hanya pendapat peribadi dari kacamata seorang guru yang pernah mengajar kelas yang diasing 8 tahun dan kelas tanpa pengasingan selama 5 tahun.

Sesiapa sahaja berhak bersetuju atau tidak dengan pendapat peribadi ini. Suka aku maklumkan, aku sangat berbesar hati jika orang atasan sana memperhalusi pandangan ini.

Sumber: gpsbestari.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post