Waytha Moorty Salahkan Dasar UMNO Yang Menghalang Kaum India Dalam Pembangunan..

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Selepas dikecam pelbagai pihak kerana didakwa melakukan pembohongan besar di luar negara untuk memburukkan kerajaan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO kerana dasar-dasar yang dibuat menghalang kaum India untuk berada dalam arus perdana pembangunan negara.

Menurut Waytha Moorthy, video wawancara beliau dengan sebuah stesen televisyen di Belanda 10 tahun lalu yang tular pada masa ini dibuat selepas demonstrasi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) dijalankan pada November 2007 yang mana beratus-ratus penunjuk perasaan ditangkap malah beliau sendiri turut ditangkap dan mendakwa telah diseksa.

ARTIKEL MENARIK: Isu Hangat Tentang Icerd Dan Akhirnya Ini Komen Perdana Menteri Tun Mahathir Tentang Icerd

Beliau mendakwa, kerajaan UMNO ketika itu menjalankan kempen propaganda palsu yang mengaitkan penglibatannya dengan LTTE dan cuba menjatuhkan kerajaan.

“Dasar-dasar kerajaan UMNO telah banyak menghalang majoriti masyarakat India berada dalam arus perdana pembangunan negara.

“Saya ingin menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedar tentang penglibatan saya di peringkat antarabangsa dalam aktiviti melobi kerana saya sangat terbuka mengenainya dan telus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pelbagai pihak mendesak Waytha Moorthy untuk meletakkan jawatan hari ini selepas video beliau yang didakwa memburukkan imej negara tersebar dan tular dalam media sosial sejak semalam

Sumber: Utusan Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post