Bapa ‘Syaitan’ Tergamak Ugut Guna Pedang Samurai Sebelum Rogol & Liwat Anak Kandung
Bapa ‘Syaitan’ Tergamak Ugut Guna Pedang Samurai Sebelum Rogol & Liwat Anak Kandung |
Tergamaknya seorang bapa yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga sanggup merogol anak kandungnya sendiri. Menerusi Harian Metro, tertuduh yang merupakan bekas sarjan tentera itu telah merogol dan meliwat anak kandungnya yang berusia 17 tahun di rumah sewanya, Taman Pelangi Indah, Johor Bahru.
Kejadian yang berlaku dua tahun lalu akhirnya menemui keadilan apabila mahkamah memutuskan bapa itu dijatuhkan hukuman dipenjara selama 24 tahun berserta 15 sebatan.
ARTIKEL MENARIK: Ibu Mentua Dibakar Menantu Sendiri Meninggal Dunia..
Rog0l anak kandung sendiri
Terdahulu, tertuduh yang berusia 44 tahun didakwa telah melakukan kesalahan itu di rumah sewanya, di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, jam 2 pagi pada 15 Mac 2016.
Menurut laporan, dia telah meletakkan pedang samurai di leher anak kandungnya sendiri sebelum merog0l tanpa rela. Untuk kesalahan itu, tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun penjara dan sebatan atas sebab menggunakan kekerasan.
Melakukan s3ks oral
Selain itu, dia turut didakwa melakukan s3ks oral terhadap mangsa dan kesalahan dituduh mengikut Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pertama, Hakim Jailani Rahman menjatuhkan hukuman 18 tahun bermula daripada tarikh hukuman disabitkan dan 10 sebatan, manakala bagi pertuduhan kedua dikenakan hukuman penjara enam tahun dan lima sebatan.
Bagaimanapun, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara serentak selama 18 tahun berserta 15 sebatan selepas diperintahkan pihak penjara.
Sudah insaf minta kurangkan hukuman
Terdahulu, tertuduh pernah memohon untuk meringankan hukumannya atas alasan sudah insaf dan turut memberitahu bahasa itu merupakan kesalahannya yang pertama.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin menolak rayuan dan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana kesalahannya serius. Menurutnya lagi, kejadian ini telah menyebabkan kesan trauma dan psikologi terhadap mangsa.
Sumber: HMetro via Ohbulan.com
Post a Comment