Ahli Parlimen BN Terakam Sesuatu Ketika Bahas Belanjawan 2019 Sehingga LGE Dipuji Ahli Parlimen PKR Kerana Ini
Ahli Parlimen BN Terakam Sesuatu Ketika Bahas Belanjawan 2019 Sehingga LGE Dipuji Ahli Parlimen PKR Kerana Ini |
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menyelar Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang didakwa tidur ketika wakil BN membahaskan Belanjawan 2019.
Annuar bahkan memuat naik gambar Lim yang bersandar di kerusi dengan mata terpejam di Twitter beliau hari ini.
ARTIKEL MENARIK: BR1M Akan Naik Jika BN Menang Tapi Apa PH Buat? Soal Najib
“Shadow MenKew BN (menteri kewangan bayangan BN) sedang membahaskan Bajet 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat(IER) / bajet alternatif.
“MenKew kerajaan tertidur… atau terus tidur?” tulisnya.
Portfolio kewangan dipantau oleh anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan tiga lagi anggota dewan undangan negeri (Adun) BN.
Bagaimanapun, di sebalik kritikan itu, anggota parlimen penyokong kerajaan tampil memuji Lim kerana menjadi menteri kewangan pertama hari sewaktu ucapan sulung pembangkang.
“Untuk kali pertama mungkin sejak beberapa dekad, menteri kewangan hadir sewaktu ucapan sulung pihak pembangkang.
Sebelum ini, pemimpin BN Tun Abdullah Badawi, ketika masih perdana menteri, dilabel pembangkang dengan imej pemimpin kerajaan yang kerap tidur.
“Tahniah @guanenglim (Lim), kita terus reformasi budaya demokrasi ke arah yang lebih baik dalam Malaysia Baharu ini!” tulis pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang juga anggota parlimen Lembah Pantai. (Sumber : malaysiakini)
Menteri Kewangan tertidur atau terus tidur?
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidur ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Annuar Musa menempelak Menteri Kewangan Lim Guan Eng akibat tertidur sewaktu wakil Barisan Nasional membahaskan Belanjawa 2019.
Di laman Twitternya, Annuar memuat naik gambar Guan Eng yang kelihatan menutup matanya ketika Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berbahas.
Annuar dalam Twitternya hari ini, memuat naik foto Guan Eng bersandar di kerusi di Dewan Rakyat dengan mata terpejam.
“Menteri Kewangan Kabinet Bayangan BN sedang membahaskan Belanjawan 2019 mengemukakan Inisiatif Ekonomi Rakyat. Menteri Kewangan kerajaan tertidur… atau terus tidur?,” soalnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan Annuar bahawa Guan Eng tidur itu benar atau tidak. Kemungkinan LGE letih, itu tidak pasti
Namun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memuji Guan Eng kerana buat kali pertama, Menteri Kewangan hadir sewaktu ucapan sulung wakil Pembangkang.
Sumber : Astro Awani, Sinar Harian
Post a Comment