“Zamani Tak Berikan Persembahan Terbaik Sama Seperti Sesi Latihan…”- Ini Sebab Kenapa Datuk Ramli MS Respon Begitu. Tengok Zamani Semalam Pon Dah Tau

“Zamani Tak Berikan Persembahan Terbaik Sama Seperti Sesi Latihan…”- Ini Sebab Kenapa Datuk Ramli MS Respon Begitu. Tengok Zamani Semalam Pon Dah Tau

“Zamani Tak Berikan Persembahan Terbaik Sama Seperti Sesi Latihan…”- Ini Sebab Kenapa Datuk Ramli MS Respon Begitu. Tengok Zamani Semalam Pon Dah Tau

“Zamani Tak Berikan Persembahan Terbaik Sama Seperti Sesi Latihan…”- Ini Sebab Kenapa Datuk Ramli MS Respon Begitu. Tengok Zamani Semalam Pon Dah Tau
“Zamani Tak Berikan Persembahan Terbaik Sama Seperti Sesi Latihan…”- Ini Sebab Kenapa Datuk Ramli MS Respon Begitu. Tengok Zamani Semalam Pon Dah Tau

Juri tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS berpendapat penyanyi Zamani Slam tidak memberikan persembahan yang terbaik di konsert pertama malam tadi.

Ramli MS mendedahkan Zamani telah menyanyi tiga kali lebih bagus daripada persembahannya ketika melakukan latihan rehearsal sehari sebelumnya.

ARTIKEL MENARIK: Harap bohsia2 dan pel*cur tu tak membawa mala petaka di negeri perak – Safiey illias


“Pada saya apa yang penonton dengar dan lihat Zamani malam ini, dia hanya menyanyi sahaja.
“Tapi masa rehearsal, saya dengar dia bukan sahaja menyanyi malah meratap yang mana cara nyanyian hebat itu saya hanya pernah dengar penyanyi Allahyarham Sudirman sahaja boleh lakukan begitu.
“Jadi sayanglah kerana ini pertandingan dia perlu tonjolkan semua di pentas sebenar,” katanya kepada Gempak.

Kerana Faktor Gugup

Menurut Ramli lagi hampir kesemua peserta tidak dapat membuat persembahan yang memuaskan kerana faktor gugup.
“Kegugupan membunuh standard persembahan mereka malam ini.
“Terus-terang apa yang saya dengar malam ni tak sama dengan rehearsal semalam kerena sebelum ini mereka tiga kali bagus.
“Saya harap mereka boleh mengatasi masalah ini untuk konsert seterusnya,” katanya lagi.
Selain Zamani, GV5 turut dibarisi 11 peserta lain seperti kumpulan Elite, Forteen, pasangan duo Billy Zulkarnain, Amelina, Safura Yaakob, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla dan Shafie Rio

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim akan duduk di kerusi juri tetap.

sumber Gempak


Gegar Vaganza 5: Carta Kedudukan & Recap Komen Juri Konsert Minggu Pertama

Konsert pertama Gegar Vaganza musim kelima (GV5) telah berlangsung dengan meriah di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Gegar Vaganza 5: Carta Kedudukan & Recap Komen Juri Konsert Minggu Pertama


Bertemakan ‘Oh Dia Ke?’, 12 peserta telah berentap buat pertama kalinya dengan memberikan persembahan hebat dan memukau.

Konsert minggu ini menyaksikan tiada penyingkiran dan kumpulan Forteen menerima Cuckoo Paling Gempak hasil undian peminat sepenuhnya
GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos.

Pemarkahan perserta adalah sepenuhnya daripada juri yang mana masih mengekalkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap serta juri jemputan untuk minggu ini Datuk AC Mizal.

GV5 yang akan bersiaran selama lapan minggu itu disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang telah diberikan:

Amalina, 73.8% – Asyik, Memori Daun Pisang

Datuk Khadijah Ibrahim- Kita mahu lihat kelainan selepas ini dan moga maju jaya kerana kita mahu Amelina terus kembali ke dalam industri.
Datuk AC Mizal- Vokal kamu menyeronokkan
Datuk Ramli MS – Vokal kamu cantik

Zamani, 72% – Gerimis Mengundang

Datuk Ramli MS- Bakat kamu sangat besar yang Tuhan bagi. Jangan bazirkan dan ambil peluang dalam industri ini.

Shafie Rio, 64% – Haruskah

Datuk Khadijah Ibrahim- Dah lama saya tunggu persembahan dan nyanyian begini. Perfect!

Maya Matahari, 63% – Matahari.

Datuk Khatijah Ibrahim- Persembahan yang menakjubkan. Harap lepas ini kita boleh tengok lebih banyak lagi persembahan Maya

Dia Fadhila, 58.9 %- Aku Masih Setia

Datuk Ramli MS – Kamu tidak menyanyi tadi. Teknikal mantap tapi gugup kamu tadi tak dapat dikawal. Kedudukan kamu diaras orang yang boleh menyanyi.

Forteen, 55.5% – Berdua Bersatu

Datuk AC Mizal – Bila berkumpulan ni ada kekurangan dan kelebihan, sebenarnya tadi saya mahu dengar harmonik tapi saya tak dapat. Saya juga tak nampak pergerakan setiap anggota. Tapi overall great performance!

Hetty Sarlene, 54.5% – Sangsi Asmara

Datuk Ramli MS – Agak bagus kalau seorang pelakon boleh menyanyi begini. Harap awak boleh bersaing dengan yang lain

Farawaheda, 53.3% – Tanpamu

Datuk AC Mizal – Vokal jaga-jaga kerana lari tempo. Titik berat juga persembahan, sebab mula nampak tegang tapi lepas rap baru nampak relaks. So lepas ni, kena enjoy!

Safura, 53.1%- Sedalam Mana Cintamu

Datuk Khadijah Ibrahim- Banyak yang perlu jaga. Ini pertandingan jadi banyak lagi perlu diperbaiki kerana 10 tahun sudah tak menyanyi but overall terbaik.

Noryn Aziz, 51.9% – Fantasi Atau Realiti

Datuk Ramli MS – Jangan selepas satu setengah minit baru boleh menyanyi kerana menyanyi tidak boleh gugup, buang masa.

Billy Zulqarnain, 49%- Hati Terluka

Datuk AC Mizal – Saya tahu kamu boleh menyanyi tapi paling oenting jangan hilang elemen R&B dalam persembahan.

Elite, 46% – Tamparan Wanita

Datuk AC Mizal- kita tahu vokal bukan kekuatan tapi kamu semua dikenali lebih kepada persembahan pentas, itu yang kita lihat malam ini.

sumber Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post