Zahid Cadang Tukar Nama BN Dalam PRU Akan Datang. Kalau Parti Satu Lg Tu Setuju Bergabung Lagi Mantap.
Zahid Cadang Tukar Nama BN Dalam PRU Akan Datang. Kalau Parti Satu Lg Tu Setuju Bergabung Lagi Mantap. |
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan agar BN dijenamakan semula dengan nama baru sebagai langkah untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.
*video sekadar hiasan
ARTIKEL MENARIK: Najib ‘Gagal Kawal Perasaan’ Semasa Layan Soalan Wartawan Al Jazeera. Ini Puncanya Kenapa
“Saya cadangkan kita tukar nama BN. Gagasan pembangkang yang ada sekarang perlu diperkuatkan dengan kemasukan parti-parti yang baru supaya kita menawan balik kerajaan pada PRU ke-15.
“Bagi saya, Perikatan 1.0 ditubuhkan pada tahun 1955. Perikatan 2.0 atau BN diwujudakan pada tahun 1974 dengan Umno, MCA dan MIC dijadikan sebagai parti teras.
“Dan, kini 2018, saya cadangan Perikatan 3.0 gabungan parti yang “sama seperti BN,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung MIC ke-72, di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Ahmad Zahid juga sempat menyatakan harapan agar PAS dapat mengukuhkan lagi gabungan baru itu, yang kemudian mendapat sambutan baik daripada perwakilan yang hadir.
Turut hadir Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz, Presiden MyPPP Maglin De Cruz, Presiden MIUP Datuk K Nallakaruppan, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad, bekas exco Selangor Dr Halimah Ali, serta wakil parti politik dan NGO.
Menurut Ahmad Zahid, hala tuju utama BN adalah menerajui semula kerajaan persekutuan pad PRU akan datang.
“Semasa ucapan, Presiden MIC, Tan Sri Vicky (SA Vigneswaran) tanya saya apakah hala tuju BN selepas ini? Saya nak tegaskan bahawa hala tuju kita adalah memenangi semula kerajaan pusat.
“Mampukah kita?” tanya beliau kepada pada perwakilan dibalas dengan laungan ‘boleh’ sebanyak tiga kali.
Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada MIC yang masih setia bersama BN dan berharap anggota parti itu bekerja lebih keras menguatkan gagasan pembangkang.
“Saya nak tegaskan selepas ini hanya satu BN, satu MIC,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Untuk rekod, BN yang kini hanya mempunyai lima komponen sahaja selepas lapan bekas anggota parti bertindak keluar daripadanya selepas kalah pada PRU ke-14.
Selain Umno, MCA dan MIC, parti lain dalam BN adalah MyPPP dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
sumber MKini
Presiden MIC tegur perwakilan: Jangan buat janji emosi
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MIC ke-72 hari ini menegur para perwakilan yang berjanji akan menerima sebarang pihak sebagai komponen BN dalam gabungan baru pembangkang.
Vigneswaran yang juga Speaker Dewan Negara meminta lebih 2,000 hadirin supaya tidak lagi membuat sebarang janji dengan emosi.
“Kita (MIC) tidak boleh terlalu emosi. Haluan MIC perlu diambil oleh parti kita. Pada pilihan raya umum (PRU) ke-15, kita akan pilih dimana kita nak tanding. Dan seterusnya kita bekerja di sana dengan kekuatan kita sendiri,” katanya dalam ucapan penggulungan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta para hadirin supaya berjanji untuk menerima parti-parti baru ke gagasan pembangkang.
Permintaan Zahid diterima baik oleh perwakilan yang menggegarkan dewan dengan laungan ‘janji’ sebanyak tiga kali.
Namun, Vigneswaran meningatkan perwakilan bahawa MIC tidak boleh bekerjasama dengan parti yang tidak sehaluan dengan mereka.
“Bagaimana dengan parti-parti yang tidak sehaluan dengan kita?” soalnya sambil menggesa ahli MIC supaya tidak membuat sebarang keputusan secara emosi.
Terdahulu, Vigneswaran turut mengucapkan terima kasih kepada Zahid kerana menghadiri perhimpunan tahunan parti itu.
Sementara itu, perwakilan yang hadir hari ini merakamkan rasa kecewa selepas presiden tidak mengumumkan barisan pimpinan baru bagi peringkat negeri.
Di bawah perlembagaan baru parti, presiden parti akan memilih barisan pimpinan negeri iaitu pengerusi dan timbalan pengerusi daripada 10 anggota yang menang pada pemilihan negeri.
“Saya tidak akan mengumumkan pimpinan negeri, kerana saya perlu berbincang dengan pucuk pimpinan,” kata Vigneswaran.
Perhimpunan itu tamat pada pukul 6 petang.
Suber Mkini
Post a Comment