Wanita Dilanggar Dan Seret Sampai Terperosok Bawah Kereta Maut, Pemandu Masih Bebas!

Wanita Dilanggar Dan Seret Sampai Terperosok Bawah Kereta Maut, Pemandu Masih Bebas!

PETALING JAYA: Penolong pengurus Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi, Wan Amirah Wan Alias, 31, akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas hampir 10 jam bertarung nyawa gara-gara dirempuh dan digilis sebuah kereta di hadapan bangunan kedai Shaftsbury Square, Cyberjaya, kira-kira jam 7.30 petang, Rabu.

Wanita Dilanggar Dan Seret Sampai Terperosok Bawah Kereta Maut, Pemandu Masih Bebas!
Wanita Dilanggar Dan Seret Sampai Terperosok Bawah Kereta Maut, Pemandu Masih Bebas!

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa baharu keluar dari premis dirempuh sebuah kereta model Hyundai bernombor pendaftaran BHS 7999 ketika cuba melintas jalan.

Pemandu berkenaan bagaimanapun bertindak melarikan diri sejurus kejadian.

ARTIKEL MENARIK: Sikap Pemurah Wanita Ini ‘Bersedekah’ Semasa Kedai Emasnya Di Rompak Buat Netizen Hairan. Rupanya..


Rakaman CCTV insiden itu menjadi tular dan mengundang kemarahan netizen berikutan sikap suspek yang tidak bertanggungjawab dan memandu dalam keadaan berbahaya seolah-olah sengaja melanggar mangsa.

Sebelum itu, kereta suspek turut merempuh beberapa kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan lokasi sama.

Susulan itu, pihak polis sedang memburu pemilik dan pemandu kereta berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Sumber: Mstar

Nasi beriani dalam kelapa, jauh sebatu pun dapat hidu aroma pikat selera



NASI beriani dalam belanga mahupun di dalam buluh mungkin terlalu biasa.

Berbeza di Tengga Briyani Bandar Sri Damansara, ia dihidangkan di dalam kelapa.

Ya! Nasi beriani yang sudah dimasak ini dikukus semula di dalam buah kelapa muda hingga ia mengeluarkan aroma yang sangat lazat!

Menurut pemilik Tengga Briyani, Dalnor Zachary, 25, idea sajian nasi beriani di dalam kelapa muda ini dibuat bagi mewujudkan kelainan.

“Saya dah cuba beberapa jenis bisnes dan kali ini ingin mencuba nasib dalam bidang pernigaan makanan.

“Nasi beriani dimasak menggunakan resipi turun-temurun. Berdasarkan pandangan keluarga dan rakan, mereka menyatakan idea nasi di dalam kelapa amat baik kerana ia memberikan aroma serta sensasi tropika yang menyelerakan.

“Kerana reaksi positif itu, maka saya mengambil keputusan untuk membuka gerai,” katanya kepada mStar Online.

Terdapat tiga pilihan nasi beriani di dalam kelapa iaitu kambing, ayam dan udang selain menu istimewa iaitu kambing goreng.

Harga Tengga Briyani bermula daripada RM16.90 hingga RM19.90.

Oh ya, pastikan anda datang awal kerana restoran ini akan sesak terutamanya pada waktu makan tengah hari.

INFO:

Alamat: No 1, Jalan Cempaka SD, 12/1 Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12 tengah hari – 11 malam

Nombor telefon: 016-301-3016 or 016-324-1455

Sumber: Mstar via V i R a L M a N i A

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post