Nahas Lion Air JT610: Kebanyakan Mangsa Tersangkut Pada Kerusi Pesawat

Nahas Lion Air JT610: Kebanyakan Mangsa Tersangkut Pada Kerusi Pesawat

Nahas Lion Air JT610: Kebanyakan Mangsa Tersangkut Pada Kerusi Pesawat

Nahas Lion Air JT610: Kebanyakan Mangsa Tersangkut Pada Kerusi Pesawat
Nahas Lion Air JT610: Kebanyakan Mangsa Tersangkut Pada Kerusi Pesawat

JAKARTA: Setakat jam 2 pagi Selasa waktu tempatan, sebanyak 24 beg berisi jenazah penumpang pesawat Lion Air JT 610 telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.

Kesemua mangsa daripada pesawat yang terhempas di perairan Tanjung Karawang itu dihantar ke Hospital Polis Republik Indonesia di Tanjung Priok.

ARTIKEL MENARIK: Ketika TMJ Ingin Berangkat Pulang Dari Majlis, Semua Sangkakan Pasti Dia Akan Bawa Supercar Tetapi Sangkaan Semua Orang Meleset Apabila Ini Yang TMJ Bawa


Menurut Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), pihaknya percaya kebanyakan mangsa tidak timbul kerana terikat pada kerusi pesawat.

Pihaknya setakat ini mengesahkan telah menemui serpihan ekor pesawat malang itu.
Operasi pencarian berlangsung tanpa henti dan turut dibantu penggunaan sonar.

Antara yang menaiki pesawat berkenaan adalah empat orang hakim serta pegawai Kementerian Kewangan.

Penerbangan JT 610 itu membawa 178 penumpang dewasa, satu kanak-kanak dan dua bayi.

Pesawat dikendalikan kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino bersama enam kru kabin, Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda dan Deny Maula.


Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi Isnin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, dekat Sumatera pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia Barat.

Sumber: Astro Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post