Tanah Bergerak Sendiri Akibat Gempa Bagaikan Dunia Mahu Kiamat

Tanah Bergerak Sendiri Akibat Gempa Bagaikan Dunia Mahu Kiamat

Gempa 7.7 skala Richter yang melanda Indonesia petang jumaat lalu sangat mengejutkan kita kerana ia turut mengakibatkan tsunami dan mengorbankan ratusan manusia.

Tanah Bergerak Sendiri Akibat Gempa Bagaikan Dunia Mahu Kiamat
Tanah Bergerak Sendiri Akibat Gempa Bagaikan Dunia Mahu Kiamat

Gempa berlaku tanpa amaran. Kehadirannya juga tidak dijangka dan diketahui masa serta tempat berlaku. Dengan teknologi secanggih mana pun dicipta, manusia belum mampu meramal dengan tepat waktu atau tempat bakal berlakunya gempa bumi.

Rakaman amatur dalam video di atas menunjukkan betapa kuat gempa yang melanda dan ia sangat menakutkan kerana tanah bergerak seperti berada di atas sungai.

ARTIKEL MENARIK: Tsunami : Gadis Bernama Nurul, 2 Hari Terperangkap Dalam Air Ditemani Jasad Ibunya Yang Telah Meninggal Dunia


Rakaman itu menunjukkan tanah bergerak membawa pokok dan sebarang binaan di atasnya menakutkan individu yang merakam video tersebut, dia beberapa kali melafazkan “ya tuhan” “oh tuhan”.

Apa saja yang berada di atas tanah seperti rumah dan pokok kelapa jelas nampak bergerak ke arah kiri ketika gempa yang melanda Sulawesi itu berlaku.

Video yang tular tersebut telah dikongsi 82 ribu kali dan beribu pengguna media sosial memberikan reaksi yang berbeza.

Kita di Malaysia yang dikatakan berada di kawasan berisiko rendah terhadap gempa bumi, tidak terlepas dan kini terdedah kepada risiko bencana itu kerana berada tidak jauh dari zon yang selalu berlaku gempa.


Sebagai Muslim yang yakin adanya ‘kekuatan’ yang mengatur dan mentadbir semua kejadian di alam semesta ini, hendaknya dapat mengambil banyak iktibar. Lebih-lebih lagi jika dikaitkan kejadian-kejadian itu dengan ayat-ayat al-Quran.
Munculnya lumpur dari permukaan tanah yang menyebabkan amblasnya bangunan dan pohon di Kabupaten Sigi dekat perbatasan Palu akibat gempa 7,4 SR adalah fenomena likuifaksi (liquefaction) Likuifaksi adalah tanah berubah menjadi lumpur seperti cairan dan kehilangan kekuatan. pic.twitter.com/uxTODECMEX
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) September 29, 2018

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post