Sadis! Bayi 2 Tahun Meninggal Akibat ‘Dicili Mulut’ Oleh Pengasuh..

Sadis! Bayi 2 Tahun Meninggal Akibat ‘Dicili Mulut’ Oleh Pengasuh..

Sadis dan mengejutkan, ramai pihak seakan tak percaya bagaimana seorang pengasuh boleh bertindak men’cili’ mulut anak asuhannya yang berusia 2 tahun 6 bulan hingga menyebabkan kematian.

Sadis! Bayi 2 Tahun Meninggal Akibat ‘Dicili Mulut’ Oleh Pengasuh..
Sadis! Bayi 2 Tahun Meninggal Akibat ‘Dicili Mulut’ Oleh Pengasuh..

BAYI ‘DICILI MULUT’ KERANA TAK BERHENTI MENANGIS

Mungkin selama ini kita ada dengar orang mengugut nak ‘cili’kan mulut anak kalau suka menangis, berbohong, atau bercakap banyak. Namun siapa sangka ia benar-benar dilakukan dek pengasuh apabila si kecil yang dijaga tersebut tak berhenti menangis walaupun setelah dipujuk. Menurut sumber berita daripada The Star, Sabtu (29/9/2018), bayi laki-laki bernama Muhammad Afif Kamarol Azli ini meninggal dunia pada Jun, iaitu dua hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

ARTIKEL MENARIK: “Slumber Kau Je Ce kik Bayi Tu Kuat-Kuat Sebab Mangsa Tak Duduk Diam. Saya Tertekan Dan Penat Seharian Bayi Ini Taknak Tidur. Saya Cuma Cekik Tak Buat Lebih Daripada Itu Pun” – Bayi Berusia 18 Bulan Mengalami Pendar ahan Otak Semasa Dice kik Selama 1 Minit.


Akibat tindakan tersebut, bayi bukannya berhenti menangis, bahkan mengalami kesulitan bernafas. Anak kecil tersebut dikejarkan ke klinik dan terus dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar. Namun, bayi malang tersebut meninggal dunia tak berapa lama setelah tiba di sana.

HUKUMAN PENJARA 18 BULAN DIANGGAP TIDAK SETIMPAL

Disebabkan perbuatan tersebut, pengasuh berkenaan telah dijatuhi dengan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 28 September 2018.

Hakim Datuk Abu Bakar Jais menjatuhkan hukuman tersebut selepas Asmarani Ghazali, 39, yang merupakan ibu kepada tiga anak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-kanak 2001.

Rata-rata, ramai yang kurang berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kerana kes tersebut sewajarnya diambil serius oleh semua pihak. Menurut laporan, ibu kepada mangsa, Puan Rahmawati, keluarganya menjadi trauma atas kejadian yang menimpa mereka.


Tegas beliau lagi, beliau berasa kesal dan mengharapkan keadilan bagi pihak arwah anaknya kerana dia meninggal dunia akibat dianiaya dan bukannya kerana kecuaian pengasuh tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin juga menggesa mahkamah mengenakan hukuman antara 10 dan 15 tahun penjara kerana keseriusan kesalahan itu.

SEMOGA MENJADI PENGAJARAN

Sebagai ibu bapa, tentunya kita sangat bimbang dan takut untuk mempercayai pengasuh, terutamaya yang masih dalam proses pencarian dan peringkat pengenalan.

Semoga kes ini mendapat perhatian segenap pihak dalam menguatkuasakan lagi undang-undang terhadap pengasuh kanak-kanak yang sanggup memperlakukan anak kecil yang tidak bersalah. Jadi, jangan lupa selidik latar belakang dan ambil masa untuk membuat pilihan tempat asuhan anak yang sesuai. Risaunya! – The Star

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post