“Saya Tak Fikir Perlu Padam, Gambar Itu Tidak Keterlaluan, Baju Yang Saya Pakai Pun Tak Ketat..”

“Saya Tak Fikir Perlu Padam, Gambar Itu Tidak Keterlaluan, Baju Yang Saya Pakai Pun Tak Ketat..”

Baru-baru ini, nama pelakon Raysha Rizrose hangat diperkatakan apabila gambar yang dikongsikan di Instagram menjadi perhatian lelaki gatal selain turut mengundang komen yang agak kurang sopan.

“Saya Tak Fikir Perlu Padam, Gambar Itu Tidak Keterlaluan, Baju Yang Saya Pakai Pun Tak Ketat..”
“Saya Tak Fikir Perlu Padam, Gambar Itu Tidak Keterlaluan, Baju Yang Saya Pakai Pun Tak Ketat..”

Berikutan itu, ramai netizen mendesak agar pelakon berkenaan memadam gambar berkenaan. Bagaimanapun, Juara Dewi Remaja 2015 itu mengegaskan bahawa dia tidak akan memadam gambar tersebut kerana baginya gambar itu tidak keterlaluan. Ujarnya lagi, dia bukan sengaja memuat naik gambar tersebut untuk meraih kontroversi.

“Saya tak fikir perlu delete pun, gambar itu tidak keterlaluan! Baju yang saya pakai pun tak ketat, bukannya saya pakai tube atau berkemban untuk tunjukkan bentuk badan saya.

ARTIKEL MENARIK: Keadaan Terkini Tahap Kesihatan Elyana Buat Ramai Netizen Sebak


“Kalau ambil gambar mungkin ada sesetengah sudut akan menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya. Itu di luar kawalan saya. Saya tahu niat saya dan ia tiada kena mengena pun dengan apa yang orang cakap. Apa yang mereka (netizen) cakap melambangkan diri sendiri dan cara mereka berfikir. Bukan masalah saya” katanya kepada Astro Gempak.

Raysha juga turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata hina terhadapnya tetapi turut menyelitkan agama. Namun, baginya netizen itu sebenarnya yang memalukan diri mereka sendiri.

“Saya menghargai komen-komen positif yang berbaur nasihat yang baik-baik. Siapa mahu kena kecam? Sebagai artis saya tak boleh lari daripada orang yang bercakap. Pakai jubah pun orang akan masih akan kecam.


“Mereka sebenarnya memalukan diri sendiri, menggunakan kata-kata hina dan keji dalam menyelitkan agama sekali. Ada yang cakap saya pelacuur dan ahli neraka. Memang terkesan dengan kata-kata sedemikian tapi itulah hakikatnya cara mereka dibesarkan. Buka IG untuk cari kesalahan orang maka akan jumpalah kesalahan!” tambahnya.

Menerusi Anugerah Skrin 2018, Raysha tercalon untuk drama Pendosa Ingin Ke Syurga yang turut dilakonkan oleh Datuk Rosyam Nor, Sherie Merlis dan Fauziah Nawi.

Sumber: Rotikaya

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post