Laksanakan Semula Senarai Hitam Imigresen Terhadap Peminjam PTPTN. Ini Sebabnya Kenapa

Laksanakan Semula Senarai Hitam Imigresen Terhadap Peminjam PTPTN. Ini Sebabnya Kenapa

Laksanakan Semula Senarai Hitam Imigresen Terhadap Peminjam PTPTN. Ini Sebabnya Kenapa

Laksanakan Semula Senarai Hitam Imigresen Terhadap Peminjam PTPTN. Ini Sebabnya Kenapa
Laksanakan Semula Senarai Hitam Imigresen Terhadap Peminjam PTPTN. Ini Sebabnya Kenapa

ULASAN | Langkah memberikan tempoh penangguhan bagi peminjam PTPTN bukan suatu langkah baru, ia sudah dilaksanakan sekian lama.

*video sekadar hiasan

Namun apa yang dilakukan sebagaimana yang disebut dalam Bajet 2018 oleh Kerajaan BN ketika itu ialah memanjangkan tempoh mula bayar pinjaman daripada enam bulan kepada 12 bulan.

ARTIKEL MENARIK: 'Kenapa tak padam post? Saya hanya share link, bukan upload video Munafik 2' - OKS 3


Ini bermakna peminjam yang baru tamat belajar mendapat kemudahan ini.

Langkah ini dibuat antaranya bagi memberikan kemudahan kepada graduan yang baru tamat belajar apabila mereka merungut perlu membayar semula pinjaman pendidikan sedangkan belum mempunyai pekerjaan.

Jadi bagi memudahkan mereka, PTPTN ketika itu memanjangkan tempoh mula bayar dengan anggapan ia akan memberi peluang kepada graduan ini mencari pekerjaan selepas tamat belajar atau memulakan perniagaan tanpa gusar dengan apa apa tindakan yang akan diambil oleh PTPTN.



Jadi dasar ini baik sebenarnya dan membantu ramai peminjam serta selesaikan pelbagai isu berbangkit oleh pelbagai pihak.

Dalam menyelesaikan isu terbabit dan memberikan kemudahan ini, PTPTN ketika itu tahu bahawa akan berlaku penurunan kutipan.


Senarai hitam


Bagaimanapun PTPTN waktu itu melakukan langkah penguatkuasaan yang lain antaranya ialah senarai hitam bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan mengenakan sekatan imigresen .

Melalui cara ini, pengurangan yang berlaku itu akan ditampung menerusi dua langkah penguatkuasaan itu selain beberapa program, pemberian insentif diskaun kepada yang membuat bayaran balik sebanyak 20 peratus atau 10 peratus dan lain-lain.

Saya setuju penurunan jumlah kutipan disebabkan oleh banyak faktor. Oleh itu, kalau menyalahkan Datuk Seri Najib Razak atau dasar kerajaan dahulu, ia adalah sesuatu yang tidak adil.

Justeru saya tetap mengatakan bahawa antara penyumbang besar kurangnya jumlah kutipan ialah apabila penghapusan sekatan imigresen dibuat dan ramai terpengaruh dengan janji untuk dasar baru iaitu pembayaran selepas gaji mencapai RM4,000.

Ini juga antara punca yang tidak boleh diselindung atau dinafikan kementerian pendidikan.

Tetapkan pendirian segera

Saya menjangkakan PTPTN tidak akan mencapai kutipan RM4 bilion untuk tahun ini kerana dasar barunya itu. Kutipan barangkali hanya sekitar RM2.7 bilion sahaja.

Ia satu kemerosotan berbanding jumlah RM3.4 bilion pada 2016 dan RM3.985 bilion pada 2017. Maka usaha lebih agresif termasuk promosi dan peningkatan kesedaran harus dilipatgandakan. Tidak wajarlah asyik menyalahkan kerajaan dulu saja.

9371641af24e6944b63824f3dab2ce47.jpeg


Kementerian juga perlu segera memutuskan sama ada ingin melaksanakan dasar pengecualian pembayaran bagi gaji kurang RM4,000 atau tidak. Ini penting agar ia tidak terus mempengaruhi peminjam.

Harus laksanakan demi tingkatkan jumlah kutipan

Saya juga ingin cadangkan agar kerajaan melaksanakan semula sekatan imigresen kerana ia penting untuk meningkatkan jumlah kutipan.

Pemansuhan dasar itu hanya menguntungkan mereka yang telah meminjam dan merugikan pihak lain, terutama pelajar baru yang mahu memohon pinjaman.

Sehingga April 2017, sejumlah RM1.9 bilion telah dikutip melalui senarai hitam imigresen. Ia boleh menampung ramai pelajar yang memerlukan pinjaman.

sumber Mkini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post