Ini Punca Utama Mengapa Penggiat Seni Akhirnya Bersatu Boikot DSV

Ini Punca Utama Mengapa Penggiat Seni Akhirnya Bersatu Boikot DSV

Ini Punca Utama Mengapa Penggiat Seni Akhirnya Bersatu Boikot DSV

Ini Punca Utama Mengapa Penggiat Seni Akhirnya Bersatu Boikot DSV
Ini Punca Utama Mengapa Penggiat Seni Akhirnya Bersatu Boikot DSV

Penggiat Seni Bersatu Boikot DSV – Sebab Menipu …! Netizen: “Ini baru dikatakn persatuan artis ….. time diperlukn kita bsama. DSV perlu tau ….. artis GV bkn artis2 sendu. Aishah cth nyer tdak mghilangkn diri namun beliau aktif di bidang politik.” Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Konflik di antara Datuk Seri Vida dengan Aishah belum lagi berakhir dan dibangkitkan lagi apabila Datuk Seri Vida, iaitu usahawan kosmetik yang terkenal tu telah sindir Aishah sebagai penyanyi sendu sebelum menyertai program Gegar Vaganza. Tindak Datuk Seri Vida ini telah mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak sebab tidak hormat kepada artis-artis Malaysia.

ARTIKEL MENARIK: ”Abah dalam kenangan, mungkin ini sahaja yang tinggal untuk dikongsikan.. ” – Posting Syafiq Farhain buat ramai netizen yang sebak


Sebelum ini, Aishah yang sudah menang dalam pertandingan telah diberi hadiah oleh Datuk Seri vida rantai belian, tetapi Aishah telah dapati rantai berlian itu adalah palsu menyebabkan Aishah tidak puas hati dan menganggap Datuk Seri Vida menipu. Tindakan Aishah itu juga telah menimbulkan kemarahan Datuk Seri Vida sebab perkataan palsu yang digunakan oleh Aishah telah banyak menjejaskan perniagaannya. Penjelasan Vida yang menyatakan Aishah ialah artis yang sendu dan memerlukan platform beliau untuk mengangkat artis yang sendu supaya mereka boleh cari makan balik.

Kini Penggiat Seni Bersatu hati boikot DSV disebabkan rasa tindakan Datuk Seri Vida tidak hormat kepada artis-artis Malaysia.

Punca Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot Datuk Seri Vida

Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot Datuk Seri Vidaaru-baru ini, kenyataan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengenai tujuan program Gegar Vaganza itu diadakan untuk mengangkat martabat artis yang ‘sendu’, mengundang kemarahan di kalangan artis dan penggiat industri muzik Malaysia.


Kenyataan Vida yang kedengaran seperti kasar itu membuatkan segelintir artis terasa hati, antaranya penyanyi Noraniza Idris yang meluahkan rasa kecewa apabila melabelkan rakan-rakannya seperti terdesak untuk menyertai program tersebut.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Persatuan Karyawan Malaysia menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh komposer, Damian Mikhail turut meluahkan rasa terkilan di atas tindakan Vida. Vida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu hanya kerana perbalahannya dengan penyanyi Aishah.

Turut diingatkan, Vida juga mendapat kepentingan daripada penajaan program tersebut yang telah menaikkan jenama produknya di mata masyarakat. Pihak Karyawan juga berharap agar isu kontroversi hadiah itu dapat diselesaikan secara baik dan bersedia menjadi orang tengah.

Dalam pada itu, netizen berpendapat kenyataan Vida itu dilihat agak melampau. Ada yang mengatakan Aishah sudah lama berada dalam industri dan merupakan penyanyi lagenda jika nak dibandingkan dengan Vida yang baru saja mempunyai dua buah lagu.

SUMBER BEAUTIFULNARA Via Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post