“Sakit Demam Tak Pernah Dia Cerita” – Zamani Slam Kaku Ketika Gegar Vaganza Namun Juri Turut Menyanyikan Lagunya
“Sakit Demam Tak Pernah Dia Cerita” – Zamani Slam Kaku Ketika Gegar Vaganza Namun Juri Turut Menyanyikan Lagunya |
KEMUNCULAN Zamani di konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelima tetap mendapat pujian dan dianggap berani daripada juri Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk AC Mizal.
Vokalis kumpulan Slam itu sepatutnya menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal kumpulan Flybaits, namun akibat masalah suara, dia tidak dapat menyanyikan lagu tersebut.
ARTIKEL MENARIK: “Hari Ini Saya Henti Terima Semua Rawatan, Kerana Ramai Ingin Saya M*ti”
Sambil menahan sebak dan mengangkat tangan tanda maaf, penonton, juri tetap serta jemputan seterusnya membantu Zamani menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai.
AC Mizal memberitahu sepanjang 27 tahun kariernya di dalam industri seni, situasi inilah yang pertama kali dilihat.
“Inilah masalah yang mungkin orang tak faham mengenai penghibur. Tapi awak sangat berani. Hari ini awak sudah membuktikan betapa lagendanya anda apabila awak tak perlu nyanyi tetapi peminat dan penonton yang tolong menyanyikan untuk awak,” katanya.
Bersetuju dengan komen AC Mizal, Khatijah Ibrahim yang mesra di sapa dengan panggilan ibu Khaty turut menyampaikan kata-kata semangat kepada Zamani.
“Ini harus diteruskan kerana apa yang awak buat, mana orang pergi, tak boleh menyanyi pun orang tetap suka. Jangan risau, we love you,” katanya.
Sementara itu, Datuk Ramli MS mengakui situasi itu memberi kesukaran buatnya dan meminta Zamani untuk cuba menyanyi dengan nada rendah, namun akhirnya turut mengakui bahawa suara penyanyi tersebut telah ‘koyak’.
“Saya perlu berbincang dengan Astro…” ujarnya ringkas selepas mendengar Zamani menyanyi. Sementara itu, penaja utama Datuk Aliff Syukri berharap agar Zamani tidak disingkirkan kerana masalah kesihatannya.
“Saya perlu berbincang dengan Astro…” ujarnya ringkas selepas mendengar Zamani menyanyi. Sementara itu, penaja utama Datuk Aliff Syukri berharap agar Zamani tidak disingkirkan kerana masalah kesihatannya.
Post a Comment