Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan menerusi Harian Metro, telah meluluskan permit penganjuran OktoberFest 2018.
Pesta Arak Still ‘Diteruskan’ – DBKL |
Ianya dijangka akan bermula hari ini secara besar-besaran di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.
Walau bagaimanapun, DBKL memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penganjur pesta arak yang melanggar peraturan atau mengganggu ketenteraman awam.
ARTIKEL MENARIK: Ini Pesanan Padu Yusuf Azmi Kepada YB Melaka Yang Dikatakan Kurang Ajar. Jangan Sampai Yusuf Azmi Sekolahkan YB Ni
Selagi tidak mengganggu orang awam
(sekadar gambar hiasan)
Selagi ia dianjurkan di dalam premis, pengunjung tidak keluar dalam keadaan mabuk sehingga mengganggu orang awam, dibenarkan. Tetapi kalau (pasang) sebarang bentuk promosi di tempat awam seperti banner dan poster, kita (DBKL) akan turunkan serta-merta.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, penganjur tidak dibenarkan menaikkan sebarang poster, ‘bunting’ atau mempamerkan sebarang bentuk promosi di luar premis atau di luar lokasi penganjuran.
Beliau berkata, ia susulan DBKL tidak meluluskan sebarang permit yang membolehkan penganjuran itu diadakan secara terbuka di lokasi awam.
Tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan salah guna
Menurut Datuk Bandar itu, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan salah guna promosi ketika penganjuran. DBKL meluluskan permit penganjuran terbuka acara tahunan itu, Nor Hisham mendakwa tidak menerima sebarang permohonan.
Tahun lalu, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi cita rasa pengunjung. Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Jerman, Denmark, Norway, Jepun, Thailand dan Vietnam.
Sumber : Harian Metro via OhBulan
Khalid Samad izin anjur pesta arak OctoberFest 2018
KUALA LUMPUR – Pesta arak “Oktorberfest 2018” boleh dianjurkan jika pihak penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Khalid Samad.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.
“Kalau (penganjur) buat permohonan, maka kena ikutlah garis panduan yang ditetapkan. Kalau mereka dapat kebenaran, mereka mesti patuhi garis panduan.
“Garis panduan yang perlu dipatuhi ialah ia (dibuat ) di tempat terkawal, bukan tempat khalayak ramai dan tidak ada orang Islam yang hadir,” katanya pada sidang media di Menara DBKL hari ini.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan penganjuran pesta arak “Oktorberfest 2018” bertempat di Mid Valley hujung bulan ini.
Penganjuran acara sama juga didakwa akan dibuat di Kepong.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran acara itu di Mid Valley, selain memaklumkan beliau akan membuat semakan mengenainya.
“Sebenarnya tidak ada permohonan setakat ini dibuat untuk Oktoberfest di Mid Valley.
“Kalau nak buat buat apa-apa mesti dapat permit dulu, dan kita ada garis panduan yang ditetapkan,” katanya.
Khalid berkata beliau akan mengarahkan DBKL membuat semakan dan mengesahkan tentang kesahihan penganjuran acara itu di Mid Valley dan Kepong sebelum apa-apa tindakan susulan boleh dibuat.
“Sekarang kita sudah tahu (tentang ada penganjuran Oktoberfest), lepas ini kita akan ambil tindakan. DBKL akan lihat perkara itu, kita kena semak dulu dari mana datangnya isu ini.
Sama ada betul atau tidak atau ada pihak yang sengaja nak timbulkan isu. kita akan jumpa pihak penganjur untuk pengesahan,” katanya.
Pada 17 September tahun lepas DBKL menolak permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” yang dijadualkan diadakan pada 6-7 Oktober tahun itu.
DBKL dalam kenyataannya ketika itu berkata, ia menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos 2017 untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam tetapi tidak meluluskannya.
Penganjuran acara itu sebelum ini dibantah keras oleh PAS yang turut menggesa Mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan.
Berikutan itu, pemimpin DAP meminta agar DBKL mengkaji semula penolakan permohonan penganjuran acara tersebut. – FMT
© Khalid Samad izin anjur pesta arak OctoberFest 2018 – Abu Leman
Post a Comment