Salah faham! Demikian tegas EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee yang tampil membuat penafian terhadap dakwaan beliau bertindak ala ‘gengster’ ketika menyerbu sebuah stor yang disyaki menyimpan baja subsidi di Sungai Rambai, di sini, pada 29 Ogos lalu.
Ini Pesanan Padu Yusuf Azmi Kepada YB Melaka Yang Dikatakan Kurang Ajar. Jangan Sampai Yusuf Azmi Sekolahkan YB Ni |
Katanya, ketika kejadian berlaku provokasi membabitkan antara beliau dan beberapa penduduk setempat yang melarangnya untuk membuka stor bagi Projek Beras Wangi Sungai Rambai itu.
“Berlaku provokasi antara saya dengan penduduk setempat apabila saya dihalang, dicerca dan dimaki hamun seolah-olah saya budak-budak.
ARTIKEL MENARIK: Terkejut Kanak Kanak Ini Bila Berjumpa Dengan Khabib. Mereka Meminta Derma Tetapi Khabib Meletakkan Syarat Sebelum Beri Duit
“Sedangkan saya seorang EXCO dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Mereka juga menggunakan kata-kata kesat terhadap saya,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Tey Kok Kiew dan EXCO Kesihatan negeri, Low Chee Leong.
Norhizam berkata, video berdurasi satu minit 36 saat membabitkan dirinya ditularkan beberapa individu di laman sosial selepas kejadian berkenaan sehingga mengundang kemarahan masyarakat, malah lebih teruk lagi apabila beliau dilabel sebagai ‘YB gengster’.
“Saya melontarkan pertanyaan ‘awak kenal siapa saya?’ sebab mereka maki hamun saya.
“Saya jelaskan, kalau tak kenal, panggil ayah mereka jumpa dengan saya supaya perkara itu tidak berlaku, namun terus berlaku provokasi, mereka keluar beramai-ramai dan maki hamun saya,” katanya
YUSUF AZMI ‘SOUND’ YB MELAKA
Akhirnya Yusuf Azmi buka mulut tentang isu tular YB Melaka Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang juga Adun kawasan Pengkalan Batu.
Yusuf Azmi, menegur sekeras kerasnya terhadap tindakan biadap YB Melaka ini yang dianggap gengster terutama berurusan dengan orang yang lebih tua.
Lihat video penuh
Sumber: KL Viral
Post a Comment