Pesawat Lion Air Hilang Dari Radar Selepas 13 Minit Berlepas. Disahkan Terhempas Dengan Membawa 189 Penumpang..
Pesawat Lion Air Hilang Dari Radar Selepas 13 Minit Berlepas. Disahkan Terhempas Dengan Membawa 189 Penumpang.. |
Pesawat Lion Air hilang pada pagi tadi (Isnin) sejurus berlepas dari Jakarta. Laporan media tempatan memberitahu bahawa pihak berkuasa Indonesia telah pun memulakan operasi mencari dan menyelamat sebaik terputus hubungan paa 6.33 pagi tadi.
“Memang benar bahawa Lion Air JT 610 telah kehilangan hubungan, kami telah meneruskan maklumat untuk mencari dan menyelamat,” kata jurucakap AirNav Indonesia, John Harry Douglas dalam satu kenyataan.
ARTIKEL MENARIK: Pesawat Lion Air Hilang Selepas 13 Minit Berlepas, Ini Dikhuariti Terjadi
Penerbangan itu sedang dalam perjalanan ke Pangkal Pinang di pulau Bangka, timur Sumatera.
Penerbangan tersebut seharusnya tiba di landasan Pangkal Pinang pada 7.20 pagi.
We’re following reports that contact has been lost with Lion Air flight #JT610 shortly after takeoff from Jakarta.ADS-B data from the flight is available at https://t.co/zNM33cM0napic.twitter.com/NIU7iuCcFu
— Flightradar24 (@flightradar24) October 29, 2018
Update..
Penerbangan pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Lion Air yang terputus hubungan sejurus berlepas pada 6.20 pagi tadi disahkan terhempas.
Menurut Agensi Pencarian dan Penyelamat Nasional Indonesia, penerbangan yang membawa seramai 189 penumpang itu terhempas pada jam 7.30 pagi waktu tempatan di Pangkal Pinan, Pulau Bangka Indonesia.
Pesawat jenis JT-610 itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi dan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi waktu tempatan.
Menurut pihak berkuasa, sehingga kini mereka belum mendapat sebarang maklumat mengenai status pesawat, penumpang dan anak kapal.
Sumber: Siakapkeli.my
Post a Comment