PESAWAT Lion Air yang membawa 188 penumpang disahkan terhempas dalam laut, ujar agensi mencari dan menyelamat negara Indonesia. Pihak berkenaan dilaporkan menemui serpihan seperti jaket keselamatan di perairan utara Jawa.
Gambar Dan Video Serpihan Pesawat Lion Air Yang Terhempas, Barangan Milik Mangsa Ditemui Di Perairan Indonesia |
Pasukan penyelam juga dikatakan sedang bertungkus-lumus bagi mencari mangsa di kawasan tersebut. Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya berdoa agar mangsa yang masih hidup dapat ditemui.”Kami tak dapat pastikan lagi jika ada yang terselamat,” ujarnya ringkas.
ARTIKEL MENARIK: Pesawat Lion Air Hilang Dari Radar Selepas 13 Minit Berlepas. Disahkan Terhempas Dengan Membawa 189 Penumpang..
Antara barangan dipercayai milik mangsa penerbangan Lion Air yang ditemui di sekitar perairan Karawang.
Sementara itu, agensi bencana Indonesia turut memuat naik beberapa keping foto barangan seperti telefon, buku, bag dan bahagian pesawat yang dikutip oleh pasukan pencarian ke laman Twitter. Yusuf Latif, jurucakap Lion Air berkata juruterbang pesawat malang itu melaporkan masalah teknikal sejurus berlepas, sebelum ia terputus hubungan 13 minit selepas itu.
Ujarnya lagi, krew sebuah kapal tunda turut melaporkan melihat pesawat itu terhempas.
Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi. Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.
Ia kali terakhir direkodkan terbang pada ketinggian 3,650 kaki (1,113 meter) dan kelajuannya meningkat kepada 345 knot, menurut data yang dirakam laman web itu.
Tompokan minyak kelihatan di perairan Karawang dipercayai milik pesawat Lion Air.
Kedudukan terakhir pesawat itu adalah kira-kira 15 kilometer di utara pantai Indonesia, menurut rujukan Google Map mengenai kedudukan terakhir yang dilaporkan Flightradar24.
Menurut Flightradar 24, pesawat itu merupakan model Boeing 737 MAX 8. Pesawat itu berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangkan mendarat di Bangka-Belitung pada pukul 7.20 pagi.
“Kami tidak boleh memberi sebarang komen ketika ini. “Kami cuba mengumpul semua maklumat dan data,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait. Lion Air merupakan salah sebuah syarikat penerbangan terbesar dan baharu di Indonesia. Ia menghubungkan penumpang ke laluan domestik dan juga antarabangsa. – ABC.Net.Au
Jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 di dekat fasilitas Anak usaha PT Pertamina (Persero), Pertamina Hulu Energi Offshore North West Java (PHE ONWJ) di lepas pantai di utara Bekasi, Jawa Barat. Petugas PHE ONWJ melakukan evakuasi dan mengambil dokumentasi. pic.twitter.com/Xq0kQjAWe8— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Serpihan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang. Beberapa kapal tug boad membantu menangani evakuasi. Video diambil petugas tug boad yang ada di perairan Karawang. pic.twitter.com/4GhKcRYkpG— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Sumber: Mstar Online
Post a Comment