Pengantin baharu dirogol lelaki bertopeng di Dungun

Pengantin baharu dirogol lelaki bertopeng di Dungun

DUNGUN – Seorang wanita bukan sahaja dirompak tetapi dirogol lelaki durjana yang memecah masuk rumah sewanya di Taman Kampung Kolam, Paka, awal pagi tadi.

Pengantin baharu dirogol lelaki bertopeng di Dungun
Pengantin baharu dirogol lelaki bertopeng di Dungun

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi, wanita berusia 29 tahun itu dirogol lelaki bertopeng dan hanya berseluar dalam ketika menceroboh bilik tidurnya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa yang baharu beberapa bulan mendirikan rumah tangga tidur bersendirian kerana rakan serumahnya tiada.

ARTIKEL MENARIK: Pasangan kanibal bunuh, masak dan makan organ mangsa


Beliau berkata, walaupun sanggup menyerahkan apa sahaja kecuali tidak mengapa-apakan dirinya, lelaki bertopeng tersebut tetap bertindak kejam mengacu gunting di leher mangsa, lantas merogolnya.

“Mangsa baharu kahwin selama lima bulan dan tinggal menyewa bersama rakan kerana suaminya bekerja di Kuala Lumpur.

“Sewaktu kejadian mangsa terjaga dan melihat pintu bilik terbuka serta bangun untuk menutupnya tetapi ditolak oleh lelaki tidak dikenali.


“Suspek mengatakan kepada mangsa ingin melakukan hubungan seks tetapi mangsa enggan dan mengatakan sudah berkahwin.

“Suspek meletak gunting di leher mangsa dan terus merogolnya. Mangsa bergelut dengan suspek menyebabkannya cedera di peha kiri akibat terkena gunting,” katanya.

Baharudin berkata, sebelum melarikan diri suspek turut merampas wang tunai sebanyak RM200 dan sebuah telefon bimbit serta mengungut akan membunuh mangsa sekiranya membuat laporan polis.

“Selepas suspek melarikan diri, mangsa keluar menaiki motosikal untuk meminta bantuan.

“Mangsa kemudiannya dibawa oleh seorang pengawal keselamatan di Paka untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Gerakan memburu suspek kini sedang dijalankan dan mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post