Kontroversi Berlian Telah Jejaskan Teruk Perniagaan Saya, Jualan Saya Merosot Melebihi RM 1 Juta – Datuk Seri Vida
Kontroversi Berlian Telah Jejaskan Teruk Perniagaan Saya, Jualan Saya Merosot Melebihi RM 1 Juta – Datuk Seri Vida |
Datuk Aliff Syukri baru-baru ini ada meluahkan hasratnya untuk menemukan penyanyi Aishah dan juga Datuk Seri Vida bagi menjernikan kembali hubungan mereka selain menyelesaikan segala kemelut berkaitan isu hadiah rantai berlian palsu.
ARTIKEL MENARIK: Anak sulung Bob Lokman meninggal dunia
Mengakui niat Aliff itu sangat baik, DSV bagaimanapun memberitahu perkara itu bukan mudah untuk dilakukan memandangkan beliau cukup terkesan dengan kontroversi itu. Bukan sahaja masih menerima kecaman daripada netizen tetapi perniagaannya juga turut terjejas sehingga menyebabkan kerugian besar.
Datuk Aliff ada berhubung dengan saya. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas ingatan beliau. Saya puji niat ikhlas beliau. Walaupun bagi dia minta maaf tak bererti kalah, ia tidak dapat melenyapkan kecaman netizen terhadap saya.
Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang, siapa yang nak bertanggungjawab?
DSV juga akui insiden tersebut benar-benar memalukannya sehingga beliau sukar untuk meminta maaf.
Terdahulu, Aishah menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewa apabila rantai berlian yang dikatakan bernilai RM 80,000 yang dihadiahkan oleh DSV adalah palsu dan tidak mempunyai sebarang nilai.
Namun, jutawan kosmetik itu menafikan dakwaan itu. Kemudian, Aishah pada Ogos lalu memberitahu beliau ingin mengambil tindakan undang-undang sekiranya DSV tidak mahu menyelesaikan isu ini dan memberikan sesuatu yang lebih setimpal untuk ditukar ganti dengan berlian tersebut.
Sumber Berita : mStar Online
Artikel diambil dari https://beautifulnara.com/kontroversi-berlian-jejaskan-perniagaan-saya-sales-hilang-rm-1-juta-datuk-seri-vida/
Artikel berkaitan
“Biar Pampasan Ditentukan Undang-undang Sebagai Pengajaran,” Aishah Nekad Saman Hartawan Kosmetik?
Antara yang bersimpati ialah pengasas sebuah produk kecantikan yang menyatakan hasrat untuk menghadiahkan Aishah seutas gelang emas, untuk memulihkan hubungan artis Malaysia dengan pengusaha kosmetik di Malaysia.
Memuat naik mengenai tawaran itu di media sosial, Aishah bagaimanapun menolak pemberian mereka atas dasar prinsip. Aishah menulis:
Terima kasih di atas tawaran dari @kaseh_beauty_skincare_hq untuk menghadiahkan barangan emas.Terharu di atas kepekaan pihak ini tapi perjuangan saya melebihi angka wang ringgit atau barangan bernilài.
Perjuangan saya bukan saja untuk diri saya tetapi untuk teman-teman artis lain semoga kami tidak diperlekeh dengan janji-janji gebang pihak tertentu.
Biarlah selepas ini kalau ada sebarang pampasan ia ditentukan oleh undang-undang sebagai pengajaran. Anyway,thank you so much for the offer, sebagai seorang wanita tentu saja hati melonjak bila dapat tawaran begitu.
Tapi demi prinsip saya terpaksa tolak tawaran ini. Biarlah malam ini saya mimpi saja memakai gelang emas tu dan tersenyum.
Dari muat naik Aishah ini, mungkin sudah hampir pasti dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida? Sebelum ini juga dia memuat naik gambar dengan pemenang kedua dan ketiga Gegar Vaganza 4 iaitu Liza Hanim dan Lan Solo. Pertemuan mereka dipercayai kerana hadiah yang diterima dari penaja. Semasa hadiah itu diberikan, Vida mendakwa ianya bernilai ratusan ribu ringgit jika dijumlahkan.
Meluahkan kekecewaannya Aishah mengaku hatinya terhiris kerana peserta-peserta GV4 sepertinya dikatakan artis suam kuku dan tidak laku sebelum menyertai Gegar Vaganza.
Aishah sebelum ini mendedahkan kalung berlian didakwa bernilai RM 80,000 oleh Vida sebenarnya tidak mempunyai nilai. Aishah memberitahu dia mengetahui tentang perkara itu setelah ke kedai emas untuk menggubah semula kalung pemberian Vida. Pemeriksaan pakar batu permata mendapati kalung itu hanya bertatahkan batu nilam tiruan dan kubik zirkonia.
Semasa diberikan kepada pemenang GV4, barang kemas tersebut didakwa Vida dari kedainya, DSV Gold and Jewelry.
Aishah telah cuba menghubungi Vida untuk menyelesaikan perkara tersebut sejak setahun lepas, namun mendedahkan kepada umum mengenai perkara itu setelah usahanya untuk berbincang dengan pengusaha kosmetik itu menemui jalan buntu. – beautifulnara.com
artikel telah dipetik dari https://beautifulnara.com/biar-pampasan-ditentukan-undang-undang-sebagai-pengajaran-aishah-nekad-saman-hartawan-kosmetik/

© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
BLOGMAZEER.COM
Post a Comment