Baru baru ini Aktivist Yusuf Azmi dari Semboyan 1 Malaysia telah mengeluarkan 1 video berkenaan ketidakpuashatian beliau terhadap isu kurang ajar dari YB Melaka Norhizam Hassan Baktee.
Isu YB Norhizam Hassan Bakte digesa letak jawatan, Ini jawapan Kerajaan Melaka |
Yusuf Azmi menyelar tindakan beliau yang tidak sopan apabila berdepan dengan rakyat.
ARTIKEL MENARIK: Arahan Larangan Merokok Yang Di Keluarkan Oleh Kementerian Kesihatan. Perokok Kena Ambil Tahu. Jangan Terkejut
Hari ini Yusuf Azmi memuat naik satu gambar di laman rasmi beliau menjemput Norhizam Hassan Baktee untuk meletak jawatan dan sertai Semboyan 1 Malaysia.
Gambar tersebut baru dimuat naik selama 1 jam sudah hampir 1 ribu perkongsian, 7.3k likes dan 400 komentar dari netizen.
Adakah YB Norhizam Hassan Baktee akan menyertai Semboyan 1 Malaysia?
sumber: kl viral
Jawapan Kerajaan Melaka
AYER KEROH: Kerajaan Melaka tidak melihat keperluan untuk EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee, meletak jawatan berhubung isu kontroversi penutupan jalan di sebuah taman perumahan yang mendapat kecaman pelbagai pihak dan disifatkan sebagai biadap.
Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata sebagai sebuah kerajaan negeri yang baharu, beliau berharap kepemimpinan kerajaan, termasuk Norhizam diberi peluang menambah baik peranan dan perkhidmatan dari masa ke semasa.
“Penambahbaikan ini bukan kepada kita saja, tetapi sistem di dalam kerajaan secara keseluruhan.
“Bagi saya, EXCO itu (Norhizam) sudah berkhidmat begitu cemerlang dalam tempoh beberapa bulan ini, malah beliau antara EXCO yang paling aktif dan hampir setiap hari turun padang.
“Cuma, pendekatan dan kaedah digunakannya akan diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui di Seri Negeri, hari ini.
Adly mengulas mengenai netizen yang tidak berpuas hati dengan cara Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu menangani persoalan daripada penduduk sekitar Kampung Pulau Nibong, di sini, dan memintanya supaya meletak jawatan.
Rakaman video yang viral di media sosial sejak kelmarin, menunjukkan Norhizam berinteraksi bersama penduduk sekitar kampung terbabit yang tidak berpuas hati kerana penutupan jalan berkenaan.
Sehingga jam 5.30 petang semalam, berita mengenai ADUN DAP ‘panas’ ditegur penduduk yang dimuat naik di dalam media sosial Facebook (FB) BH, memperoleh hampir 6,000 komen dan dikongsi lebih 1,500 pengguna FB, malah turut ditonton lebih 17,000 pengguna di laman YouTube.
Norhizam dalam sidang medianya petang semalam memohon maaf atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata dalam kejadian itu, selain akan berusaha memperbaiki kelemahan dalam aspek komunikasi apabila berdepan dengan situasi seperti kejadian berkenaan.
Sementara itu, mengulas keperluan untuk merombak barisan EXCO kerajaan negeri, Adly dalam jawapan ringkas berkata perkara itu tidak perlu.
sumber: bharian Via Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment