PELAKON Wan Maimunah, 64, tampil meluahkan perasaan kecewa apabila mendakwa selalu ditipu pengurus produksi selama lebih 40 tahun bekerja dalam industri seni tanah air.
Pelakon Veteran,Wan Maimunah Terasa Hati Kerana Kerap Ditipu…. |
Bahkan pelakon terkenal dengan watak ‘air mata’ mesra membahasakan diri sebagai ibu itu mendakwa, baru-baru ini pun dia masih dipermainkan sebuah syarikat produksi yang memberi kata-kata manis konon mahu menawarkan watak dalam sebuah drama namun janji tinggal janji.
“Banyak kali ibu kena tipu dan terbaharu pun ada. Dia hubungi ibu ajak ‘shooting’ tapi janji tinggal janji.
ARTIKEL MENARIK: [Video] Amelina tumbang sejurus selepas tamat menyanyi lagu di Gegar Veganza 5. ini puncanya
“Dia janji nak hantar skrip tapi sampai hari ini dia tak hantar dan langsung tak cakap apa-apa,” katanya memulakan bicara.
Pemilik nama sebenar Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, itu berkata, tawaran lakonan adalah punca rezeki anak seni sepertinya dan individu dari mana-mana syarikat penerbit janganlah sewenang-wenangnya memberikan janji palsu bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada artis-artis veteran yang lain.
“Kalau tak jadi cakap tak jadi jangan beri janji atau harapan palsu kepada artis lama macam ibu ni,” katanya.
Siapa tidak kenal Wan Maimunah yang merupakan pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama lima tahun berturut-turut pada edisi 1992 – 1996/1997. Pengalaman dan kredibilitinya dalam lakonan bukan calang-calang anak seni dari watak gelak ketawa hingga bercucuran air mata.
Namun katanya, pengalaman mahal itu cuma dipandang sepi apabila ada pihak tidak jujur menyebabkan dia adakala rasa tawar hati.
Pada masa sama, dia merasa terkilan dengan khabar angin mengatakan dia sakit dan tidak mahu berlakon.
“Sebenarnya ibu tak pernah cakap pun dah tak nak berlakon. Ibu masih berminat nak berlakon. Tapi kalau ada tawaran, ibu kena fikir sebab kadang-kadang mereka (production manager) tak bayar. Ibu pernah tak dibayar, bukan sekali dua, tapi dah banyak kali.
“Kalau dikumpul semua, ibu rasa sudah cecah ratus ribu ringgit. Ibu jenis suka tunggu habis ‘shooting’ drama baru minta bayaran. Mungkin sebab itu, ibu selalu kena tipu,” katanya.
Melontarkan pandangan mengenai perjalanan industri ketika ini, Wan Maimunah berkata, artis-artis lama sepertinya seperti diketepikan walaupun hebat beraksi di kaca TV apabila ramai artis baharu muncul.
“Mereka tak pandang kebolehan dan bakat. Bila semakin tua kita semakin terpinggir, bukan seperti artis di luar negara makin tua mereka makin dibayar dengan harga mahal.
“Ibu tak tahu nak salahkan siapa sama ada penulis skrip, penerbit atau stesen TV. Ibu dah dua tahun tidak menerima tawaran berlakon,” ujar Wan Maimunah.
Menurutnya, dia pernah menyuarakan persoalan itu kepada penulis skrip namun diberitahu stesen TV kini cuma memilih pelakon mempunyai nilai komersil, tak mahu ambil pelakon lama kerana hendak jual iklan.
Sayu Wan Maimunah menyambung bicara, kelangsungan pendapatan sebagai pelakon terputus akibat tiada lagi tawaran namun dia terus tabah mengharungi kehidupan bersama anak-anaknya.
Sudahlah merasa terpinggir dengan permainan industri hiburan, Wan Maimunah juga berharap Kerajaan Negeri Selangor dapat menunaikan janji untuk memberinya sebuah rumah seperti dijanjikan seorang Exco Selangor ketika menemuinya pada 31 Ogos lalu.
“Ibu minta apa dijanjikan Kerajaan Selangor untuk beri ibu rumah bukan sekadar janji tinggal janji. Besar harapan ibu agar mereka dapat beri rumah di kawasan Kuala Lumpur kerana banyak kemudahan pengangkutan.
“Ibu tak ada kenderaan sendiri dan selalu bergantung kepada rakan-rakan dalam persatuan artis veteran untuk ambil ibu sama ada ke kelas agama mahupun aktiviti bersama persatuan,” katanya.
Pada masa sama, Wan Maimunah meminta supaya dia diberi bantuan perniagaan iaitu tapak berniaga untuk dia mencari rezeki sekiranya tiada lagi tawaran berlakon.
via Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment