‘Menteri Pendidikan Kurang Kenal Tokoh Terengganu?’ Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu Terkilan
‘Menteri Pendidikan Kurang Kenal Tokoh Terengganu?’ Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu Terkilan |
Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu menyatakan rasa terkilan berhubung pelantikan pengerusi dan barisan ahli lembaga pengarah di dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri itu.
*video sekadar hiasan
Ketua penerangannya, Zamir Ghazali berkata, pihaknya mengambil maklum pelantikan pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah di Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA yang dibuat baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK: Ini Pesanan Padu Yusuf Azmi Kepada YB Melaka Yang Dikatakan Kurang Ajar. Jangan Sampai Yusuf Azmi Sekolahkan YB Ni
Namun katanya, mungkinkah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kurang mengenali tokoh-tokoh kelahiran Terengganu?
“Walaupun tokoh-tokoh yang dilantik itu layak memandangkan latar belakang cemerlang mereka dalam bidang masing-masing, Pemuda HARAPAN Terengganu tertanya-tanya kenapa tidak ada tokoh kelahiran Terengganu dalam radar pertimbangan menteri pendidikan?
“Terengganu tidak pernah kekurangan tokoh akademik mahu pun tokoh masyarakat untuk diangkat dalam lembaga pengarah univesiti sehingga memerlukan individu luar yang sudah pasti masa mereka tidak banyak berada di sini serta kurang memahami waqi’ atau konteks negeri ini secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Terdahulu Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah UniSZA.
Selain itu, beberapa orang tokoh lain turut dilantik menganggotai lembaga pengarah termasuk tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes sebagai wakil syarikat swasta di UniSZA.
Justeru Zamir berkata, Pemuda HARAPAN Terengganu berharap agar aspirasi anak Terengganu tidak berterusan dipinggirkan dalam pelantikan apa jua jawatan yang dibuat di mana-mana institusi di negeri itu.
“Tidakkah wajar jika pimpinan parti pemerintah iaitu HARAPAN Terengganu dirunding sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Bukankah negeri ini juga ada wakil kerajaan persekutuan yang boleh dirujuk?” soalnya.
Komen daripada Pemuda ini mengenai Isu pelantikan Pengerusi LP UniSZA
Isu pelantikan Pengerusi LP UniSZA
Posted by Haissazc Shuqkin Hisham on Wednesday, 10 October 2018
sumber Mkini kredit video Maafsebut / Haissazc Shuqkin Hisham
Post a Comment