Memandu Lawan Arus. Dah Lah Tiada Lesen, Saman, Waran Tangkap Dan Kes Trafik Berlambak

Memandu Lawan Arus. Dah Lah Tiada Lesen, Saman, Waran Tangkap Dan Kes Trafik Berlambak

HULU SELANGOR: Lelaki yang memandu secara melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, di sini, hari ini, memiliki 64 saman belum selesai, 36 waran tangkap dan 15 kes trafik yang tidak selesai.

Memandu Lawan Arus. Dah Lah Tiada Lesen, Saman, Waran Tangkap Dan Kes Trafik Berlambak
Memandu Lawan Arus. Dah Lah Tiada Lesen, Saman, Waran Tangkap Dan Kes Trafik Berlambak 

Malah, suspek berusia 37 tahun itu juga didapati tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan pada jam 9.15 pagi itu berlaku apabila lori dipandu berkenaan memandu di lorong tengah dengan melawan arus sejauh kira-kira tiga kilometer.

ARTIKEL MENARIK: Kementerian Kesihatan Arahkan Penjualan 2 Jenama Salad Ini Dihentikan Serta Merta Kerana….


“Sebuah lori dipandu lelaki berusia 48 tahun yang berada di lorong tengah tidak sempat mengelak lori berkenaan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Bak Phai berkata, kedua-dua pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala dua kenderaan terbabit rosak di bahagian kiri dan hadapan akibat kemalangan itu.

“Hasil ujian saringan awal dilakukan terhadap pemandu lori berkenaan didapati negatif dadah. Lelaki itu juga dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk diambil sampel darah bagi tujuan pemeriksaan alkohol dan dihantar ke Jabatan Kimia.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 64 saman belum selesai, 36 waran tangkap dan 15 kes trafik yang tidak dikompaun. Selain itu, suspek yang tidak memiliki lesen memandu itu mempunyai satu rekod lampau jenayah berkaitan kes curi.


Beliau berkata, suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membahayakan nyawa orang lain,” katanya.

Rakaman video kejadian berdurasi satu minit 25 saat turut tular selepas dimuat naik di media sosial, hari ini.

Sumber: BH Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post