Lebih 500 Kes Suami Nikah Tanpa Kebenaran Di KL. Yang Lebih Mengejutkan.. – JAWI

Lebih 500 Kes Suami Nikah Tanpa Kebenaran Di KL. Yang Lebih Mengejutkan.. – JAWI

Lebih 500 Kes Suami Nikah Tanpa Kebenaran Di KL. Yang Lebih Mengejutkan.. – JAWI

Lebih 500 Kes Suami Nikah Tanpa Kebenaran Di KL. Yang Lebih Mengejutkan.. – JAWI
Lebih 500 Kes Suami Nikah Tanpa Kebenaran Di KL. Yang Lebih Mengejutkan.. – JAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merekodkan lebih 500 kes pernikahan tanpa kebenaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sejak Oktober 2017 sehingga 5 Oktober lepas.

Memetik laporan Bernama, Penolong Pengarah Kanan Jawi Muhammad Abdul Nasir Abdullah berkata, kebanyakan melibatkan mereka berumur antara 25 hingga 40 tahun yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama.

ARTIKEL MENARIK: Lans Koperal ditemui mati ditembak di kepala


Kebanyakan nikah di Siam




Menurut Abdul Nasir, mereka yang mahu berkahwin lain seharusnya melalui prosedur 4P(Proses, Pengesahan, Pendaftaran dan Perkahwinan) namun ramai yang gagal berbuat demikian.
Mereka melalui proses pernikahan menyalahi prosedur undang-undang syariah, dengan kebanyakan bernikah di Thailand, dan ada juga di Indonesia, tetapi bukan melalui pihak yang disahkan kerajaan negara berkenaan,” katanya hari ini.
Kalau ikut perundangan syariah negara kita, urusan pernikahan perlu melalui prosedur 4P (Proses, Pengesahan, Pendaftaran dan Perkahwinan), jadi bagi kes pernikahan tanpa kebenaran, mereka yang terlibat perlu mendaftar semula pernikahan di pejabat agama negeri untuk direkod seterusnya ke Mahkamah Syariah untuk disahkan,” katanya.


Tambah Abdul Nasir, pernikahan tanpa kebenaran adalah tidak sah menurut undang-undang kerana tidak didaftarkan di Mahkamah Syariah dan perkara ini perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara ini.
Masalah yang timbul daripada pernikahan tanpa kebenaran ialah apabila ia melibatkan urusan perceraian atau tuntutan nafkah anak.
Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk selesaikannya kerana pernikahan itu tidak didaftarkan, tetapi jangan risau kerana mereka yang terlibat masih boleh mendapatkan bantuan pejabat agama Islam negeri masing-masing
Sumber: Bernama via ohbulan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post