Akhirnya Suami Ellie Suriati Iaitu Azri Iskandar Luahkan Segalanya Selepas Sekian Lama Melihat Isterinya ‘Meroyan’

Akhirnya Suami Ellie Suriati Iaitu Azri Iskandar Luahkan Segalanya Selepas Sekian Lama Melihat Isterinya ‘Meroyan’

Akhirnya Suami Ellie Suriati Iaitu Azri Iskandar Luahkan Segalanya Selepas Sekian Lama Melihat Isterinya ‘Meroyan’

Akhirnya Suami Ellie Suriati Iaitu Azri Iskandar Luahkan Segalanya Selepas Sekian Lama Melihat Isterinya ‘Meroyan’
Akhirnya Suami Ellie Suriati Iaitu Azri Iskandar Luahkan Segalanya Selepas Sekian Lama Melihat Isterinya ‘Meroyan’

Setiap kali susuk Ellie Suriati Omar muncul bersama penyokong Umno mengecam kerajaan, setiap kali itu jugalah hati suaminya yang juga seorang pelakon, Azri Iskandar, kerisauan.

ARTIKEL MENARIK: Sukar Berjalan & Berisiko Lumpuh, Sel Kanser Kini Merebak Ke Tulang Belakang Elyana. Sedihnya


*video sekadar hiasan

Tetapi kata Ellie, suaminya itu juga faham tentang sifat dirinya sebagai seorang wanita yang ‘berjiwa liar’ dan tidak mungkin ditawan semangat juangnya.
“Dia tahu jiwa saya liar dan memang risau kalau saya kena tangkap,” katanya.
Bagaimanapun menurut Ellie segala tindak-tanduknya sejak beberapa bulan lalu dibuat bukan semberono, sebaliknya bersandar kepada fakta dan maruah Umno.

Ellie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Anugerah Skrin ke-22 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Ellie, 48, seorang pelakon berbakat yang mula dikenali melalui filem Spinning Gasing pada 2000 sebelum membintangi pelbagai produksi lain selepas itu.

Daripada hanya penggiat seni kelibat Ellie akhir-akhir ini dilihat bersifat politik – bermula sebagai penyokong anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam dan baru-baru ini turut menyampaikan ucapan ‘berapi-api’.


Malah ucapan Ellie pada malam 18 Okt lalu turut menjadi tular.


d582ad8b1cd0ba19e5c9180f5fb5c36c.jpeg

Rasa terhina kalau berpura-pura

Dia bersama Lokman dan penyokong BN hadir di luar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ditahan di situ.

Ahmad Zahid, 65, yang juga bekas timbalan perdana menteri berada di situ kerana disiasat dan bakal didakwa berhubung dakwaan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Ellie tampil penuh semangat berpidato di depan kira-kira 200 penyokong Umno dan Ahmad Zahid.


Ahmad Zahid melambai kepada penyokongnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 19 Okt lalu

Ditanya punca yang membuatkannya begitu bersemangat Ellie menjawab, dia berang apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu dibubarkan.

“Saya marah kerana Umno hendak dibubarkan, sedangkan ia adalah parti terkuat untuk orang Melayu yang menjaga agama, raja-raja Melayu dan mengangkat perpaduan kaum.

“Pada saya, tiada sebab (untuk bubarkan Umno) melainkan Dr Mahathir hendak kerusi dalam Umno, atau berpunca daripada desakan DAP,” katanya.

Sementara itu Ellie menjelaskan dia tidak menyangka klip video ucapannya itu mengundang respon negatif daripada netizen yang menuduhnya bermain sandiwara.

‘Ellie, kau terlebih minum ketum ke?’


baddcd9875b8de790ecadcf390dc8a82.jpeg


Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyelar sikap Ellie Suriaty Omar yang disifatkannya kerap bermain sandiwara kerana tidak dapat menerima kekalahan parti pilihannya, BN.

Bagi Chef Wan, Ellie tidak serik-serik tampil dengan teori sendiri dan terbaru mendakwa pembentukan kerajaan sekarang berlaku ekoran rakyat negara ini mempercayai fitnah-fitnah ditabur Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payahlah main drama dan sandiwara macam kau tu Ellie.

“Kita tinggal dalam dunia yang mengamalkan demokrasi, seperti dalam mana-mana pertandingan pun ada yang menang dan ada yang kalah.

“Hanya penakut tidak boleh menerima yang mereka ini sudah tewas dan masing-masing tak habis-habis menyalak tak sudah, apa hal?” katanya dalam Instagram.

Kata Chef Wan, pengundi yang menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu pasti mengikuti dan memahami perkembangan situasi politik dalam negara.

Jelasnya, rakyat mengundi berdasarkan fakta, angka dan melihat bagaimana pencapaian kerajaan terdahulu yang terbabit pelbagai skandal.

“Nak lampu suluh ke untuk lihat semua ini? Dia ingat kita tak ada kerja lain melayan fitnah itu dan ini macam mereka.

“Kami hanya menggunakan akal fikiran, kebebasan dan kejujuran, malangnya kamu tidak ada itu Ellie!” katanya.

Kata2 Chefwan


Adoi, kasihan pulak membaca comment manusia2 mcm ni kan. Tak serik2 la pulak. Fitnah ke tidak itu semua hak kita masing2 untuk memilih kerjaan baru. Tak siapa pun rasuah kita sesen pun atau di beri makan dedak to vote for this current adminstration.

Dasar bangang tak tahu ke apa itu hak rakyat yg masing2 yang mengundi dengan bebas tanpa was2 atau pun didalam ketakutan? We lived in a democracy world pun. Like in any pertandingan pun ada yg menang dan ada yg kalah. Only cowards cannot except yg mereka ini sudah tewas dan masing2 tak habis2 menyalak tak sudah, apa hal?

Lagi kita buka mulut lagi la nampak kebodohan kita sendiri tambahan pula segala pekong di dada tu habis di sebar kan satu persatu dik media. Kerajaan sudah pun di tubuh dan rakyat Malaysia pun tidak janji any parti in this country to sign mati pun memerintah negara ini! She forget the power of the people vote yang majority or she is just plain stupid and arrogant?

Nak berjuang balik tunggu lah next election dan sementara tu belajar la dari kesilapan sendiri masing2 untuk menebus balik kepercayaan rakyat di negara ini. Eeee isnt it so obvious dia ni meroyan off lately ni. Kau terminum air ketum lebih ke?🤣🤣 Fitnah?

Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payah la main drama dan sandiwara mcm kau tu la Ellie. Allah melihat segala galanya kepada kami sampai apa yg terdetik di hati kita ini ketika menulis ini pun bukan fitnah tetapi nak sedar kan kau orang tu semua pun!

We just vote on fakta, figures and how the performance of the last government to all the stupid things our past ministers yg sombong have done sampai la pelbagai scandal yg terjadi. Nak lampu suluh ke to see all this? Dia ingat kita tak ada kerja lainnya melayan fitnah itu dan ini mcm mereka.

We just use our bloody common sense , wisdom and honesty and unfortunately u dont have that nampaknya Ellie! Even a simple knowledge on Mathermatics pun dah cukup Kak hoi!🤣🤣🤣🤣 Yg kata kerajaan skrg ni pun bukan baik pun eh cepat betul kau menilai?

Choi! belum apa dah bersangka buruk yg sepatutnya kita berdoa yg baik2 bukan di sebaliknya. Belum pun 4 tahun mereka memerintah pun kau dah buruk kan mereka! Kau tu siapa? Kau Ado?

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on 31 Jul 2018, 1:05 petang

6a34dc38a13713a2d68eeab936a7f4f9.jpeg


Tambahnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat Malaysia keluar secara bebas membuang undi pada PRU ke-14 9 Mei lalu.

“Dasar bangang tak tahu ke apa itu hak rakyat yang masing-masing yang mengundi dengan bebas tanpa was-was atau pun di dalam ketakutan?” katanya.

Kata Chef Wan lagi, rakyat seharusnya bersedia untuk memberi peluang kepada HARAPAN dalam mentadbir negara selama tempoh lima tahun ini.

Katanya, kerajaan sudah pun ditubuhkan malah rakyat Malaysia tidak berjanji untuk memberikan hak memerintah pada mana-mana parti buat selama-lamanya.

“Dia lupa kepada kuasa majoriti yang mengundi atau dia bodoh dan sombong? Nak berjuang balik tunggulah pilihan raya seterusnya dan sementara itu belajar la dari kesilapan sendiri masing-masing untuk menebus balik kepercayaan rakyat negara ini.

“Adakah jelas dia ni meroyan sejak kebelakangan ini? Kau terminum air ketum lebih ke? 
Belum pun empat tahun mereka memerintah kau dah burukkan mereka! Kau tu siapa? Kau ado?” katanya.

sumber: malaysaikini via Celotehsaje kredit video Rotikaya

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post