Label artis lama sendu, penggiat industri muzik boikot Datuk Seri Vida

Label artis lama sendu, penggiat industri muzik boikot Datuk Seri Vida

Perbalahan di antara penyanyi Aishah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida masih belum berakhir apabila Vida kembali menghantarkan suasana dengan memetik Aishah sebagai penyanyi sendu sebelum menyertai program Gegar Vaganza.

Label artis lama sendu, penggiat industri muzik boikot Datuk Seri Vida
Label artis lama sendu, penggiat industri muzik boikot Datuk Seri Vida

Terdahulu, Aishah tidak berpuas hati kerana hadiah yang diterimanya selepas memenangi program tersebut, tidaklah seperti yang dimaklumkan. Malah, mendakwa barangan kemas yang diberi Vida itu adalah palsu.

Kenyataan itu menyebabkan Vida tidak berpuas hati dan menganggap kenyataan Aishah itu telah menjejaskan perniagaannya.

ARTIKEL MENARIK: Pulak Dah! Tergempar – Datuk Seri Vida Tuntut Aishah Mohon Maaf Secara Terbuka! Jika Tidak KITA SELESAIKAN DI MAHKAMAH…


Dalam penjelasan Vida semalam, beliau tidak berniat membuli artis untuk kepentingan diri. Ini kerana bagi beliau, program realiti Gegar Vaganza itu diadakan untuk mengangkat semula artis yang sendu. Katanya juga, Aishah semakin dikenali ramai selepas menjuarai program tersebut. 

"Sebenarnya Aishah silap, saya menaja itu satu platform tapi nawaitu saya buat program ini dengan Michael Ang adalah untuk mengangkat artis yang sendu supaya mereka boleh cari makan balik.

"Sekarang semua artis GV meletup-letup, sedangkan kalau artis nak naik ini memang susah, kena marketing tapi mereka dah dapat red karpet. Daripada tak ada show buat show. Motif kita mahu menaikkan artis bukan membuli artis. Jadi jangan ingat program ini hanya sekadar hiburan semata-mata, tidak ya.

"Di mana Aisyah sebelum GV? Dia pula banyak kali buat salah tapi kita terima dia, tak ada nak keluarkan dia semua. Adakah dia anggap itu buli? Apa motif saya berbuat demikian sedangkan saya sebenarnya mahu bantu naikkan dia," katanya.

Malangnya kenyataan Vida itu mengundang rasa kurang senang golongan artis dan penggiat industri muzik tempatan yang dianggap keterlaluan seperti melabelkan artis yang menyertai program tersebut terdesak. 

"Apa ni? GV untuk artis sendu naik balik? Astaghfirullah. Desperate ke artis lama masuk GV? Kecik hati saya," tulis Noraniza Idris di Instagramnya. 
"Sebenarnya Aishah antara penyanyi yang mempunyai 'class' yang tersendiri dalam GV dan secara tak langsung menambahkan 'class' untuk rancangan tersebut. 

"Untuk sesiapa yang cuba nak menumpang rezeki dalam bidang seni (nak menggedik jual produk dan gunakan bidang seni untuk itu), please show some respect, especially pada anak-anak seni yang dah lama dalam industri," tulis Que Haidar. 
Presiden Karyawan, Dato Freddie Fernandez, juga terkilan dengan kenyataan Vida itu yang katanya jelas sekali merendah-rendahkan martabat para artis tanah air.

Komposer Damian Mikhail juga memuat naik gambar yang ditulis, "Penggiat Industri Muzik Mlaaysia bersatu hati mahu boikot DSV kerana menipu dan memandang rendah terhadap artis Malaysia. 


"Kami mahu DSV memohon maaf secara terbuka kepada Aishah, pemenang GV yan glepas dan kepada industri muzik Malaysia. 



Isu Kenyataan Artis "Sendu" , KARYAWAN kesal serta berharap dapat diselesaikan dengan baik KARYAWAN merasa amat terkilan dan menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Vida , pengasas Vida Beauty Sdn Bhd amat tidak bersesuaian apabila beliau membuat kenyataan berhubung dengan penajaan beliau terhadap program TV Gegar Vaganza ialah bagi menaikkan artis yang telah "sendu", setelah berlakunya perbalahan beliau dengan Juara GV 4, Aishah. "Individu seperti DS Vida ini yang merupakan usahawan yang berjaya memang diperlukan oleh Industri seni kita bagi memberi sokongan modal melalui penganjuran acara ataupun rancangan, namun bukan bermakna beliau boleh melakukan apa saja atau mengeluarkan kata-kata yang bersifat merendah-rendahkan martabat para artis tanah air sebagaimana yang dilafazkan baru-baru ini. Beliau juga harus ingat dengan penajaan beliau didalam beberapa program TV inilah yang telah menaikkan produk beliau seperti Qu Puteh dan Pamoga dimata masyarakat", ujar Dato Freddie Fernandez, Presiden KARYAWAN Umumnya mengetahui mengenai perbalahan diantara DS Vida dengan penyanyi Aishah berhubung dengan kontroversi hadiah dan KARYAWAN amat mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan secara musyawarah dan muhibbah diantara mereka berdua serta bersedia menjadi pihak tengah seandainya diperlukan. "Pada kami kedua-dua individu yang sedang berkonflik ini telah mempunyai legasi yang tersendiri. Aishah merupakan senior industri yang mempunyai banyak jasanya serta amat dihormati manakala DS Vida pula seorang hartawan dan usahawan yang berjaya . Dengan demikian kami beranggapan alangkah indahnya jika isu yang timbul dapat diselesaikan secara kekeluargaan demi mengelakkan dari terkeluarnya pelbagai kenyataan kontroversi yang tidak bersesuaian dan beremosi yang akhirnya akan mengguris hati pelbagai pihak, sekaligus memberi impak negatif kepada diri masing-masing", Ujar Freddie mengakhiri perbualan. @karyawanmsia Dato Freddie Fernandez 012 2071400 #artisbukanbarua
A post shared by damianmikhail (@damianmikhailmusic) on Oct 8, 2018 at 12:11am PDT
Dalam kenyataan terbaru Vida semalam, beliau tetap mempertahankan kenyataan 'sendu' itu dan tidak faham mengapa perlu ada pihak yang terasa dengan istilah itu. 

"Sekiranya perkataan sendu itu mengguris hati siapa-siapa yang terasa dia sendu,  kenapa dia terasa dia sendu, buatlah sesuatu supaya tak sendu.

"Yang sendu tu kenapa terasa, 'wake up', 'move on', jadikan diri anda tak sendu.

"Apa istilah yang nak diguna pakai apabila lama menghilang, dulu popular sekarang tak popular, dulu ada show sekarang tak ada... bagi saya satu perkataan selain perkataan sendu.

"Bagi saya perkataan sendu biasa je sebab saya tahu netizen boleh gantikan perkataan itu seperti mana lahirnya perkataan kita seronok pakai seperti membawang. Jadi lahirkan satu lagi perkataan bagi sendu," katanya.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post