“Kami Tak Paksa Pun Zamani Menyanyi, Tapi…”- Ramli MS Jelas Situasi Sebenar
“Kami Tak Paksa Pun Zamani Menyanyi, Tapi…”- Ramli MS Jelas Situasi Sebenar |
Gegar vaganza malam ini dikejutkan dengan keadaan lagenda Zamani yang kehilangan suara kerana kurang sihat.
Keadaan kesihatan Zamani dengan masalah tulang belakang dan malam ini pula dengan masalah suara tidak menjejaskan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza musim kelima ini.
ARTIKEL MENARIK: Zamani Minta Susuatu Kepada Pihak Produksi Tetapi Tidak Diendahkan Dan Akhirnya Zamani Terpaksa Tahan Malu Bila Gagal Menyanyi
Mengikut sumber, Tok Ram telah membawa Zamani ke klinik sebanyak dua kali untuk mendapatkan rawatan awal kerana demam dan selsema tetapi keadaannya semakin teruk hingga menyebabkan beliau kehilangan suara.
Juri tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS menjelaskan kehadiran Zamani di atas pentas pada minggu kelima adalah atas kerelaannya sendiri.
Ramli MS berkata meskipun Zamani tidak sihat namun penyanyi itu tetap ingin meneruskan persembahannya.
“Bila Zamani tidak sihat dan dia datang ketika sound check terakhir, masa itu saya terus minta dia pulang dan berjumpa dengan doktor untuk ambil ubat.
“Tapi bila dia datang kembali suaranya semakin teruk dan saya cuba ‘modulate’ untuk turunkan key nyanyiannya tapi suara dia masih koyak.
“Jadi kami tak paksa pun sebab dia sendiri yang minta jangan ‘modulate’.
“Malah dia tidak pernah kata tidak mahu meneruskan persembahan malam itu.
“Cuma bila muzik sudah mula tadi dia tidak dapat keluarkan suara kerana mengalami sakit tekak yang agak teruk,” katanya selepas konsert GV5 malam tadi.
Malam tadi menyaksikan Zamani tidak dapat membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan menyebabkannya hampir tersingkir kerana tidak menerima apa-apa markah dari juri.
Sementara itu Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata penyingkiran harus dilakukan seperti biasa untuk berlaku adil kepada bintang GV5 lain.
Bagaimana pun Emarina tidak menolak imuniti yang digunakan oleh penaja utamanya, Datuk Seri Aliff Syukri.
“Ini pertandingan, penyingkiran tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku kerana kami mahu berlaku adil kepada bintang GV5 yang lain.
“Bagaimana pun kami tidak menolak apabila penaja sendiri menggunakan imuniti untuk mengembalikan bintang yang tersingkir,” katanya.
Zamani berhasrat untuk menarik diri dari meneruskan penyertaannya kerana merasakan tidak relevan lagi jika terus bertanding dalam program Gegar Vaganza kali ini. Kelab peminat tegar Zamani kemudian berusaha untuk memujuknya untuk terus bertanding berhasil.
Tok Ram juga turut meminta Zamani untuk membuat persembahan kerana percaya dia boleh, apabila sampai giliran membuat persembahan, Zamani malangnya tidak berjaya membawa lagu yang ditugaskan.
Walaubagaimanapun, peminat dan juri tetap memberi sokongan kepada beliau dengan terus bernyanyi bersama-sama hingga menyebabkan Zamani sebak.
Dato A.C juga memberi semangat kepadanya dengan berkata, “lagend tak perlu menyanyi pun orang suka”.
Diharapkan keadaan kesihatan Zamani bertambah baik dan terus dapat bertanding kerana pasti program Gegar Vaganza akan suram tanpa kehadiran beliau.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam. -Gempak
Sumber theklasik via OhGebang.
Post a Comment