Rupanya Inilah Punca Kenapa Zamani Gagal Mengeluarkan Suara Semasa Konsert GV5. Zamani Dedah Sesuatu Selepas Kejadian Yang Berlaku
Zamani Minta Susuatu Kepada Pihak Produksi Tetapi Tidak Diendahkan Dan Akhirnya Zamani Terpaksa Tahan Malu Bila Gagal Menyanyi |
KUALA LUMPUR – Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, penyanyi Zamani gagal melontarkan suara bagi menyanyikan lagu tugasannya, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert kelima Gegar Vaganza 5 hari ini
Zamani, yang duduk di atas kerusi dilihat menangis dan tunduk memandang lantai apabila gagal mengeluarkan suara sementara band iringan telah mula memainkan muzik.
ARTIKEL MENARIK: 'Mental aku kuat tapi korang dah downkan teruk sangat' - Elyana nyahaktifkan Instagram kerana komen negatif netizen
Bagi menaikkan semangat, penonton dan pengacara, Nabil Ahmad serta Jihan Muse sama-sama menyanyikan lagu berkenaan sehingga selesai.
Juri, Datuk Ramli MS meminta Zamani menyanyikan lagu tersebut kembali dalam nada rendah, tetapi Zamani tetap tidak boleh menyanyi.
Menurut Ramli, suara Zamani telah ‘koyak’ dan meminta untuk mengadakan perbincangan dengan pihak produksi tentang status Zamani dalam program berkenaan kelak.
Dalam pada itu, penaja utama program tersebut, Datuk Aliff Syukri turut memohon pihak Astro untuk tidak menyingkirkan Zamani pada minggu ini kerana menyifatkan penyanyi itu berani berdepan cabaran walaupun mempunyai masalah kesihatan. – K! ONLINE
VIDEO:
Zamani
Walaupun kurang sihat, @zamanislam_official tetap berjaya menawan hati seluruh penonton yang hadir! #GV2018 #GegarVaganza undi bintang #GV5 sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini di www.gegarvaganza.com.my#supportzamani#teamzamani
Posted by Gegar Vaganza 5 2018 on Sunday, 28 October 2018
sumber Celotehsaja kredit video GV5
Zamani Mohon Tarik Diri Tapi Tidak Diendahkan
SHAH ALAM: Penyanyi Zamani dikatakan telah menawarkan untuk menarik diri dalam Gegar Vaganza 5 (GV5) pada malam Ahad atas faktor kesihatan.
Namun permintaan itu tidak diendahkan pihak produksi yang tetap mahukan penyanyi itu membuat persembahan yang akhirnya memalukan dirinya apabila dia gagal menyanyi.
Perkara itu didedahkan oleh pengurus artis berkenaan Johan Aziz sebaik rancangan itu berakhir.”Dalam apa jua program hiburan TV kerjasama antara penerbit dan artis itu wajib.
Adalah wajar penerbit/team produksi GV5 mengambil keputusan bijak untuk tidak teruskan Zamani menyanyi.
Pengacara Jihan dan Nabil turut memberi sokongan kepada Zamani.
“Perlukah untuk menaikkan rating rancangan lalu memalukan penggiat seni? Walaupun dah diberitahu keadaan kesihatan tak mengizinkan dan permintaan tarik diri dari awal tak di endah.
“Adakah ini namanya industri hiburan,” kata Johan menerusi hantaran status Facebook miliknya.
Dalam pada itu Zamani yang tersingkir pada minggu kelima ini bernasib baik apabila penaja utama program iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan imunitinya untuk mengekalkan penyanyi itu minggu hadapan.
Menurut juri tetap, Datuk Ramli MS, dia menyedari Zamani mempunyai masalah suara sebelum malam latihan konsert tersebut dan meminta penyanyi itu membuat pemeriksaan doktor.
“Zamani memang sudah sakit dan peti suara dia betul-betul dah koyak sebelum malam sesi latihan lagi. Saya dah cuba turunkan not lagu tersebut namun dia masih tidak boleh menyanyi.
“Malam ni dia memang tak boleh langsung tapi tetap mahu meneruskan persembahan. Sebab itu bila dia cuba nak menyanyi, suara dah tak keluar sebab semakin teruk,” katanya kepada mStar Online.
Status pendedahan yang dimuat naik oleh pengurus Zamani.
Dalam persaingan minggu kelima GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Ahad, Zamani yang sepatutnya menyanyikan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’.
Biarpun penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ itu tidak dapat meneruskan persembahannya namun peminat memberi sokongan dengan menyanyikan lagu tersebut bersama sehingga tamat.
Selain Zamani, peserta yang bakal berentap ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Mya Ruslee, Dia Fadila, Forteen, Farawahida, Hetty Sarlene, Amelina dan duo
Billyzulkarnain.Selain Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, penghakiman pada minggu ini dilakukan bersama Datuk AC Mizal selaku juri jemputan.
Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini pulak disandang oleh Noryn Aziz. Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.
Sumber – kelakarviral
Post a Comment