Isu Operasi Khalwat Waktu Malam: Islam Tak Ajar Ceroboh Kediaman, Privasi Individu – Tun M

Isu Operasi Khalwat Waktu Malam: Islam Tak Ajar Ceroboh Kediaman, Privasi Individu – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Islam tidak mengajar umatnya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara keterlaluan hingga menceroboh kediaman dan privasi individu di tengah malam.

Isu Operasi Khalwat Waktu Malam: Islam Tak Ajar Ceroboh Kediaman, Privasi Individu – Tun M
Isu Operasi Khalwat Waktu Malam: Islam Tak Ajar Ceroboh Kediaman, Privasi Individu – Tun M

Perdana menteri berkata sebaliknya Islam adalah sebuah agama yang mengutamakan dan mementingkan hak asasi manusia sejagat.

“Islam tidak suruh kita pergi cari salah orang sampai kerabat (ceroboh) rumah orang lain, itu bukan Islam,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: Selepas hari ini tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khal wat - Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa


Beliau berkata demikian kepada sumber selepas merasmikan “Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi : Meningkatkan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti” hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Presiden Persatuan Media Era Ketiga Cheah Tuck Wing selaku penganjur program.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang berkata pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operasi khalwat.

Laporan Sebelum Ini: Tiada lagi operasi khalwat waktu malam – Dr Mujahid




Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.

“Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan.

“Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan,” ujarnya.

Dr Mujahid yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam mengakui bahawa dia memikul tugas yang berat dalam mengubah imej kementeriannya.

Malah, beliau berkata, dia berhadapan pelbagai isu panas seperti LGBT, perkahwinan bawah umur, kes liwat tahfiz dan sebagainya sejurus menerima jawatan itu.

Dalam temu bual eksklusif bersama The Star, Dr Mujahid berkata, beliau cuba untuk mengubah cara berfikir yang disifatkannya sebagai “konservatif agama” dalam kalangan penjawat awam yang mahu menegakkan kesucian agama Islam dengan pemahaman mereka sendiri.

Tambahnya, Islam yang dikehendaki beliau adalah berkonsepkan “belas kasihan untuk semua” (rahmatan lil alamin).

“Kisah kerajaan Islam akan diterjemahkan ke dalam dasar kita, semua aktiviti kehakiman Islam, semua hubungan kita dengan agama lain.

“Islam yang mengasihi tidak membahayakan kepentingan rakyat atau kepentingan perpaduan dan keharmonian negara,” katanya.

Malah, dia turut mengutuk tindakan memecahkan pintu bagi menangkap pesalah khalwat dan berharap ia tidak diulang lagi dalam pembaharuan yang mahu dilaksanakannya.
“Penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi dalam beberapa kes. Mereka (pegawai) tidak sepatutnya menggangu ruang lingkup peribadi seseorang individu,” ujar beliau lagi.

Kredit -  Utusan Islam

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post