5 Rentung Nahas Dekat Terowong Menora!

5 Rentung Nahas Dekat Terowong Menora!

KUALA KANGSAR: Lima dipercayai sekeluarga disahkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, di sini pagi tadi.

5 Rentung Nahas Dekat Terowong Menora!
5 Rentung Nahas Dekat Terowong Menora!

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, treler membawa muatan bijih besi yang dikatakan dalam perjalanan daripada Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kereta berkenaan ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata buat masa ini identiti kesemua mangsa masih belum diperoleh susulan rentung dan usaha mengenalpasti mangsa sedang dijalankan.

ARTIKEL MENARIK: Al-Fatihah.. Tokoh Agama Terkenal, Hassan Azhari Sudah Tiada..


“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler jenis Volvo bersama muatan biji besi (amang) dengan sebuah kereta yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan (terbakar).

“Kenderaan berat dan kereta itu dipercayai dari arah selatan menghala ke utara dan sebaik tiba di lokasi kejadian treler berkenaan dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan sebelum menghimpit dan menggesel beberapa kenderaan lain termasuk kereta yang terbakar itu.

“Kereta dinaiki mangsa diseret di lorong kanan menyebabkan terhimpit antara pembahagi jalan konkrit di tengah laluan dengan badan treler sebelum terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Menurutnya, akibat kemalangan itu pemandu dan semua penumpang kereta berkenaan tersepit di dalam kenderaan dan setakat ini disahkan lima maut terbakar di tempat kejadian.

“Pemandu treler berusia 41 tahun bagiamanapun tidak mengalami kecederaan dan maklumat lanjut kesemua mangsa akan diberikan kemudian selepas pegawai penyiasat memperolehi maklumat mengenainya.

“Usaha mengenalpasti jenis kereta yang terbakar itu juga sedang dijalankan dan sisatan lanjut kini dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ahmad Adnan berkata, kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat.

Image may contain: one or more people and outdoor


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abd Sattar, berkata kerja-kerja mengalihkan treler berkenaan berjaya dilakukan dan pemeriksaan pihaknya mendapati seramai lima mangsa ditemui rentung dalam kereta berkenaan.

“Kesemua mangsa kemudian dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sekarang kerja-kerja mengalihkan sepenuhnya treler berkenaan sedang dilakukan,” katanya.


Sumber: BH

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post