Penyanyi Aishah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak sanggup menghina dirinya dengan perkataan yang tidak sepatutnya.
“Dahlah Sendu, Muka Macam Ba**” – AllahuAkbar, Sampai Macam Tu Sekali Aishah Dihina Netizen |
*video sekadar hiasan
Menerusi entri di Instagram (IG), Aishah berkongsi sebuah komen netizen yang mengelarkan dirinya seperti haiwan.
“Allahuakbar Kau Maha Mengetahui, kuatkanlah semangatku untuk memperjuangkan kebenaran.
“Kami insan yang lemah ya Allah. Dapat info selepas report ke IG,” tulisnya.
ARTIKEL MENARIK: Label artis lama sendu, penggiat industri muzik boikot Datuk Seri Vida
Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar Aishah tabah menempuhi ujian ini dan meluahkan rasa kesal apabila ada netizen yang sanggup mengelarkan dirinya begitu.
“@khainadiaa: Ya Allah ada lagi manusia berperangai macam ni. Banyak-banyakkan bersabar yer kak @aishahjmm. Biarkan saja dia peduli apa dia kata. Biar dia tanggung dosa dia. Cakap orang biar tanggung dosa tapi dia tak tahu yang dia maki-maki kak tu tak dosa pula.”
“@suri_achilles: Allahuakhbar, tak payah layan la dia kak Aisyah. Gambar pun takada.
Nampak sangat orang suruhan. Dapat apa la dia kata macam tu. Kak Aisyah bukan berdiri sendiri. Kak Aisyah ada kami dan tuhan yang satu. Tetap la bersemangat ye kak, anggap la dia anjing yang menyalak.”
“@afdalfrey: Oh dunia ini, penuh kepalsuan, oh mungkin kah tiada keikhlasan @aishahjmm sabah la kak. Sesungguhnya Allah Swt tu bersama orang yang benar.”
sumber Gempak
Menyanyi Pun Kena Auto Tune, Ada Hati Nak Kata Aishah Artis Sendu!
Tidak, saya tidak mahu bincangkan tentang perbalahan mereka. Saya cuma mahu tegaskan dalam apa jua keadaan sama ada marah, geram, bergurau atau sebagainya, tidak sepatutnya mana-mana penyanyi lama dipanggil artis sendu, apatah lagi kalau ditujukan kepada penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin, atau Aishah ini.
Perkataan ‘artis sendu’ itu sendiri membawa maksud penghinaan. Bagilah apa alasan sekalipun, tanyalah sesiapa sekalipun, sememangnya apabila ayat ‘artis sendu’ itu digunakan adalah ketika untuk menunjukkan betapa artis itu tidak laku, tidak ada peminat, tidak patut ada dalam industri, tidak meninggalkan kesan dalam industri atau apa jua yang sama negatif maknanya. Ya, ayat ‘artis sendu’ itu ayat menghina.
Jangan hidup di bawah tempurung! Aishah bersama kumpulannya, Aishah and The Fan Club merupakan penyanyi Malaysia pertama yang tersenarai dalam carta Billboard 100 dengan lagu Don’t Let Me Fall Alone. Tidak ada penyanyi Malaysia sebelum itu yang pernah meletakkan lagu mereka di carta Billboard. Saya ulang, Aishah merupakan penyanyi wanita pertama daripada Malaysia!
Malah kumpulan mereka pernah memenangi anugerah The International Artist of The Year di Anugerah Muzik New Zealand.
Itu baru cerita di New Zealand tempat Aishah menyambung belajar. Tempat mula dia dikenali. Bayangkan ketika itu ramai mat saleh menyangka beliau berasal daripada Filipina, tetapi Aishah meletakkan nama Malaysia di atas paksi seni dunia nyanyian.
Kembali ke Malaysia dan fast forward hingga ke hari ini, Aishah sudah ada sebelas buah album. Sebelas! Penyanyi sendu kah yang mempunyai sebelas buah album?
Dengan puluhan lagu hit seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Cinta Beralih Arah, Selanjur Bercinta, Kemaafan Dendam Yang Terindah, and the list goes on and on and on.Itu baru lagu pop.
Lagu raya seperti Pulanglah dan Setitis Cahaya Di Aidil Fitri sudah menjadi evergreen dan wajib ada setiap kali hari raya menjelang tiba. Lagu patriotik Bahtera Merdeka (nyanyian asal Allahyarham Dato Ahmad Jais) menjadi semakin terkenal apabila dinyanyikan semula oleh Aishah.
Kalau nak bercerita pencapaian Aishah di bidang nyanyian, mungkin dua tiga hari saya harus menulis. Keputusan untuk behenti menyanyi dan menyertai bidang politik adalah keputusan Aishah. Apa juga keputusan beliau ketika itu tidak menjadikan beliau ‘artis sendu’. Kembalinya beliau dalam bidang seni juga keputusan beliau. Berehat seketika daripada nyanyian juga tidak menjadikan dia ‘artis sendu’.
Saya harap ianya tidak menjadi kudis pada Aishah. Jangan biarkan kata nista mengganggu hidup Aishah. Saya tahu, sebagai manusia hati tetap akan terguris.
But seriously, I cannot brain perkataan ‘artis sendu’ itu boleh keluar daripada mulut seorang yang menyanyi pun terpaksa di auto tune! Grow up please!
Jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara
Post a Comment