Bekas Juruterbang Malaysia Membuat Ulasan Tentang Apa Yang Terjadi Terhadap Lion Air Dan Agak Mustahil Untuk Ia Terh3mpas Kecuali
Bekas Juruterbang Malaysia Membuat Ulasan Tentang Apa Yang Terjadi Terhadap Lion Air Dan Agak Mustahil Untuk Ia Terh3mpas Kecuali |
KUALA LUMPUR: Pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas awal pagi semalam di utara perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia dilaporkan berdepan kerosakan pada penerbangan sebelum ini.
Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, kerosakan itu bagaimanapun sudah diperbaiki namun masih belum pasti sama ada tragedi yang menimpa Boeing 737 siri Max 8 terbabit mempunyai sebarang kaitan dengannya.
ARTIKEL MENARIK: “Kembalilah Sayang, Aku Ingin Kamu Menjadi Isteriku..”, Sedihnya.. Ini Luahan Sayu Bakal Suami Pramugari Lion Air
Katanya, berdasarkan analisis pada ketika ini, tiada faktor yang mempengaruhi kemalangan kerana cuaca dan pesawat berada dalam keadaan baik.
“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi kerana pesawat terbang dalam keadaan cuaca yang baik, umur pesawat juga baru dua bulan, kedua-dua juruterbang mempunyai lesen malah minyak juga mencukupi bagi penerbangan yang memakan masa satu jam itu.
“Namun ternyata ada kecemasan atau kerosakan untuk mengendalikan pesawat kerana juruterbang sempat menghubungi pusat kawalan untuk berpatah balik. Malah, dikatakan juruterbang juga mahu dua lapangan terbang untuk mendarat.
Kecuali Masalah Cuaca
“Buat masa ini masih belum jelas sama ada ia bersangkutan dengan sebarang kerosakan atau pun ia membabitkan juruterbang. Hanya kemungkinan kecil saja disebabkan cuaca,” katanya dihubungi NSTP.
Nik Ahmad Huzlan berkata, kejadian pesawat baru terhempas bukan perkara ganjil kerana ia pernah berlaku di Hong Kong membabitkan Boeing 747 siri 400.
“Pesawat ini adalah siri baru 737, yang pertama dikeluarkan adalah pada 1960-an dan ia sudah melalui beberapa peringkat pengubahsuaian.
“Ia juga adalah pesawat yang sangat baik malah digunakan di seluruh dunia. Siri Boeing 737 adalah yang paling laris, lebih 10,000 unit dijual dalam tempoh 50 tahun,” katanya.
Sementara itu, Pakar Penerbangan Institut Teknologi Penerbangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Ahmad Maulan Bardai berkata, kebarangkalian punca pesawat terhempas disebabkan pesawat itu sendiri adalah mustahil.
“Pesawat itu sudah beroperasi selama 800 jam dan ia masih baru belum melalui sebarang pemeriksaan major (utama).
“Kemungkinan agak rumit untuk pesawat rosak, ini kerana, sekiranya dua enjin rosak, ia masih mampu terbang.
“Dalam situasi ini, masalah dikesan selepas kapal terbang berlepas, sepatutnya tiada sebarang masalah untuk berpatah balik, melainkan faktor cuaca. Justeru rumit untuk membuat sebarang spekulasi, kita tunggu hasil siasatan,” katanya.
Terlalu awal untuk spekulasi
Pada perkembangan sama, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Bidang Aeronautik, Prof Madya Ainullotfi Bin Abdul Latif pula berkata, insiden terbabit sememangnya mengejutkan banyak pihak apatah lagi dengan maklumat yang diterima tiada faktor luar mempengaruhi kemalangan itu.
“Banyak pihak belum kenal pasti apakah punca sebenar kejadian pesawat terhempas ini namun buat masa ini apa yang paling penting adalah menjalankan operasi mencari serta menyelamat (SAR).
“Selepas itu, pihak berkaitan perlu mencari rekod komunikasi pesawat terbabit termasuk kotak hitam bagi mengetahui punca kejadian,” katanya.
Pagi semalam, pesawat Lion Air JT-610 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara pada jam 6.33 pagi.
Juruterbang pesawat itu memberi indikasi untuk kembali sebelum ia hilang dari radar.
Pesawat yang dalam perjalanan dari ibu kota berkenaan ke Pangkal Pinang terhempas di luar perairan Karawang. Ia membawa 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi dan tujuh kru.
Sumber : Harian Metro via KL Viral
Post a Comment