Datuk Seri Najib Razak tidak sempat berucap panjang selepas dipotong isterinya ketika program kecil-kecilan sempena Hari Merdeka yang dihadiri pasangan itu, pagi tadi.
Ucapan Merdeka Najib Tiba2 Terhenti selepas disampuk Rosmah. Ini ayat padu Rosmah yang buat Najib berhenti berucap |
Bekas perdana menteri itu membuka ucapannya dengan berjanji untuk terus memantau kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terutama dalam soal janji manifesto PRU ke-14.
“Terima kasih kerana dapat bersama-sama kita kerana kita cintakan negara ini.
“Kita akan melakukan yang terbaik untuk negara. Mana-mana janji yang tak ditunaikan, kita tahulah…” kata Najib dalam program perkelahan Hari Merdeka di Taman Botani, Kuala Lumpur.
ARTIKEL MENARIK: Tarian l* cah wanita dipercayai mabuk punca sekumpulan penumpang pesawat diusir
Ketika itu, Rosmah dengan spontan menyampuk ucapannya dengan berseloroh: Tak boleh cakap nanti kena panggil (pihak berkuasa) lagi.”
Kata-kata itu disambut ketawa kira-kira 120 orang yang hadir.
Najib kemudian menamatkan ucapannya dengan melaungkan “merdeka” sebanyak tiga kali.
Selama lebih dua jam, Najib dan isteri meluangkan masa beramah mesra dan berswafoto bersama hadirin sambil menikmati juadah nasi lemak yang disediakan penganjur, Datuk Lokman Noor Adam.
Kebanyakannya berbaju biru, malah ada juga yang memakai baju berlatarbelakangkan wajahnya dan mengibar bendera BN.
Sebuah keluarga pula tampil sedondon dengan pakaian bercorak Jalur Gemilang.
Lokman ketika ditanya berhubung jumlah hadirin yang sederhana menjelaskan, program pada mulanya dijadual berlangsung di Dewan Memorial Tun Abdul Razak yang hanya boleh memuatkan 120 orang.
“Jumlah kehadiran sudah disenarai pendek kepada 120 orang sahaja, dan kita terpaksa tolak banyak lagi yang mahu sertai.
“Tetapi lokasi terpaksa dipindah di saat akhir ke sini,” katanya lagi.
VIDEO:
Kes bos agensi perisikan: Biar SPRM siasat, kata Najib
atuk Seri Najib Razak hari ini menjarakkan dirinya daripada kes melibatkan bos agensi perisikan yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kata bekas perdana menteri dan presiden Umno itu, terserah kepada Datuk Hasanah Abdul Hamid dan peguam pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO) itu untuk menyelesaikan kes yang dihadapinya sekarang.
Pada masa sama Najib berkata beliau berharap SPRM dibiarkan menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan seperti yang sepatutnya.
“Biar SPRM siasat, biar dia deal (berurusan) dengan peguam dia,” katanya ringkas kepada media hari ini.
Terdahulu Najib bersama isteri Rosmah Mansor menghadiri majlis ‘berkelah’ di Taman Botani Kuala Lumpur sempena cuti Hari Kebangsaan.
Untuk rekod sambutan rasmi Hari Kebangsaan kali ini tidak diadakan di Kuala Lumpur sebaliknya di pusat pentadbiran negara di Putrajaya.
Najib ditanya media mengenai penangkapan Hasanah yang sebelum ini mengetuai MEIO dan agensi itu berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Bekas pengarah MEIO itu ditahan bersama tujuh pegawai lain bagi membantu siasatan SPRM berhubung dana bernilai berjuta-juta dolar AS yang dibawa masuk ke negara ini menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu.
Hasanah berkhidmat sebagai pengarah ketika Najib menjadi perdana menteri. Dia ditahan reman oleh SPRM sejak 29 Ogos selepas agensi antirasuah berkenaan menangkap bekas timbalannya dan enam kakitangan lain.
Undang-undang negara mensyaratkan wang bernilai AS$10,000 atau lebih yang mahu dibawa masuk ke negara ini mestilah diisytiharkan.
Bekas bos agensi perisikan MEIO direman 5 hari
Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).
Permohonan menahan reman Datuk Hasanah Abdul Hamid itu dibuat timbalan pendakwa raya SPRM Ahmad Akril Gahrib.
Asalnya Ahmad Arkril meminta supaya mahkamah membenarkan Hasanah ditahan reman selama seminggu namun majistret Shah Wira Abdul Halim hanya memberi kebenaran kepada SPRM selama lima hari.
Hasanah tiba di pekarangan mahkamah itu dengan tangan bergari serta memakai pakaian lokap oren milik SPRM.
Dia ditahan SPRM semalam berhubung siasatan mengenai kehilangan jutaan ringgit wang berkaitan pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
Peguam Hasanah, Shaharudin Ali berkata pihaknya mempertikaikan tindakan SPRM memohon kepada mahkamah menggunakan Seksyen 28A(8) Kanun Acara Jenayah yang – antara lain – membenarkan pihak berkuasa menghalang peguam untuk berhubung dengan seseorang yang ditahan untuk soal siasat.
Mengikut undang-undang pihak berkuasa boleh menghalang seseorang suspek berhubung dengan pihak lain jika dipercayai ia boleh menyebabkan rakan sekongkolnya dapat mengelak daripada ditangkap, bersembunyi, merosakkan bukti atau mengganggu saksi.
Pihak berkuasa juga boleh memohon jika mereka percaya rakaman keterangan suspek perlu dilakukan segera, atau melibatkan keselamatan individu lain.
Kata Shaharudin, Hasanah wajar dibenarkan berunding dengannya sebagai peguam sebelum disoal siasat, namun dibantah oleh SPRM.
Justeru kata Shaharudin dia akan mencabar penggunaan Seksyen 28A(8) Kanun Acara Jenayah itu bagi pihak anak guamnya.
“Kami akan memfailkan kes ini, mungkin esok. Kami tidak perlu tunggu sehingga tempoh reman tamat.
“Saya fikir ini akan menjadi kes ujian. Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang yang ditangkap untuk menghubungi dengan peguam tetapi kita ada undang-undang lain yang menyatakan polis boleh menghalang hak yang diberikan oleh perlembagaan,” katanya.
sumber: malaysiakini
Post a Comment