Turban ‘beg tangan’ Neelofa jadi bahan jenaka netizen

Turban ‘beg tangan’ Neelofa jadi bahan jenaka netizen

Aksi Neelofa yang menggayakan turban menyerupai beg tangan kini menjadi tular apabila pengguna media sosial tampil menunjukkan ‘kreativiti’ bagi mempersenda penampilan artis popular berkenaan.

Turban ‘beg tangan’ Neelofa jadi bahan jenaka netizen
Turban ‘beg tangan’ Neelofa jadi bahan jenaka netizen

Netizen memuat naik gambar masing-masing meniru gaya turban dipakai pengacara dan usahawan terkenal itu dengan menggunakan beg sebenar yang mempunyai tali dan memakainya di kepala.

Warga Internet yang menggayakan fesyen beg di kepala itu pula terdiri daripada wanita berhijab.

ARTIKEL MENARIK:  “Ajar Budak-Budak Bunuh Orang Murtad Adalah Tak Masuk Akal” – Alicia Amin


381b880d793055e217354c584202a9d5.jpeg


7ac3251b04c977339887f2bbe1042977.jpeg


Image may contain: 1 person, hat and closeup


Image may contain: 1 person, sitting


Usikan nakal warga alam maya bermula gara-gara Neelofa berkongsi satu imej yang memaparkannya mengenakan turban bagi mempromosi kerjasamanya dengan sebuah jenama beg di akaun Instagram miliknya.

Imej berkenaan dimuat naik pada 29 Ogos lalu.


Bagaimanapun, gambar berkenaan mula menjadi tular sejak semalam selepas muncul pihak yang menyunting gambar turban dipakai pengacara program MeleTop itu dengan menambahkan tali pada bahagian bawah untuk menjadikannya menyerupai sebuah beg bertali.


Image result for neelofa


Melalui kemas kini di Instagram semalam, Neelofa berkongsi gambarnya ketika menjejakkan kaki di Paris, Perancis bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris untuk sebuah fesyen berjenama mewah.

Sumber: mkini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post