Umum sedia maklum bahawa pelakon Ardell Aryana dikatakan menghidap penyakit kanser, namun sehingga kini dia lebih selesa untuk menutup mulut mengenai tahap kesihatan dirinya.
Ardell Aryana Minta Adik Dukung, Nanti Boleh Usung Ke Liang Lahad… |
Walaupun sering memuat naik posting tersenyum manis di laman media sosial, namun kesakitan yang ditanggung hanya dirasai olehnya dengan kiriman doa-doa daripada peminat.
Baru-baru ini, salah seorang adik-beradiknya Mohd Nur Faiz ada memuat naik gambar sedang mendukung pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu di laman Instagram.
ARTIKEL MENARIK: Turban ‘beg tangan’ Neelofa jadi bahan jenaka netizen
“Selamat pagi awak. Semoga urusan awak hari ni berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga selalu doa yang terbaik untuk kau.
“Kami semua sayang kan kau. Eh awak ni nak manja2 pulak pagi2 macam ni mintak suruh dokong. Hahaha,” kata adiknya.
Posting tersebut mendapat respon daripada Ardell yang menyatakan dia amat menghargai pengorbanan ahli keluarganya selama ini.
Awak kena training dokong saya, 1 hari nanti adik beradik lelaki juga usung dan dokong hantar adik beradik perempuannya ke liang lahad
Luahan hati pelakon berusia 28 tahun itu mengundang perhatian netizen yang rata-rata berasa sebak dan mendoakan agar dia diberikan kekuatan untuk menempuh ujian ini.
Sedihnya sis!
Kak Ardell kuat…
Semoga cepat sembuh!
Sumber : Mohd Nur Faiz via https://www.ohmymedia.cc
Post a Comment