KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat bencana tsunami di bandar Palu dan Donggala di Pulau Sulawesi, Indonesia, dilaporkan telah meningkat ke 96 orang.
Tsunami: Mayat bergelimpangan, hampir 100 mangsa terkorban |
Menurut wartawan media tempatan Kompas TV, Saffri Sitepu, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) memberitahu, jumlah mangsa yang cedera juga meningkat ke 350 orang, dan mereka telah dipindahkan ke hospital di kedua-dua bandar.
“Angka kematian dan kecederaan berdasarkan mangsa yang ditemui oleh Basarnas dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB).
“Saat ini, pemerintah (kerajaan) Indonesia sedang berusaha memberikan bantuan dan pertolongan kepada masyarakat di Palu dan Donggala.
ARTIKEL MENARIK: Mereka Sedang Solat Ketika Kejadian Gempa Berlaku Dan Ini Terjadi Ketika Gempa Berlaku
“Gempa dan tsunami ini membuat kita sangat sedih kerana banyak sekali rumah, gedung, peralatan dan aktiviti masyarakat jadi lumpuh terus,” katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI sebentar tadi.
Kata Saffri, sejak bencana tsunami di Acheh pada 2004, kerajaan Indonesia telah menggerakkan pelbagai sistem amaran di seluruh pesisir wilayah Indonesia, termasuk di Palu dan Donggala.
“Kota Palu ini bukan satu kawasan yang sering terjadinya gempa bumi, jadi kami masyarakat di sini terkejut dengan kedatangan gempa bumi kali ini.
“Sebelum ini, kejadian gempa bumi hanya pernah berlaku pada tahun 1962 dan 1996,” katanya.
Tegasnya, tidak timbul isu kerajaan lalai atau tidak memberi peringatan kepada masyarakat kerana sistem amaran bencana telah pun ditempatkan di daerah-daerah pesisir, untuk gempa bumi mahupun tsunami.
“Tetapi ini semua tidak kita inginkan. Apa yang penting sekarang, rakyat, kerajaan dan negara tetangga semua sedang berusaha memberi bantuan kepada masyarakat Palu dan Donggala agar aktiviti di sini boleh kembali pulih,” kata Saffri.
Bantuan yang paling diperlukan setakat ini?
“Ketika ini, masyarakat di Palu dan Donggala semua telah meninggalkan kawasan pesisiran dan pinggir-pinggir laut untuk ke daerah-daerah lebih tinggi.
“Tentunya, apa yang diperlukan buat masa ini adalah makanan, ubat-ubatan, selimut, tempat tinggal dan yang utamanya, air bersih. Ia akan menjadi masalah jika keperluan air bersih tidak dipenuhi,” kata Saffri.
Tambahnya, selain mendapatkan sumber bekalan, pasukan bencana dan sukarelawan juga sedang berusaha membantu orang ramai mencari ahli-ahli keluarga mereka yang hilang.
Kredit : Wowberita
Post a Comment