JAKARTA – Gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter di Sulawesi, Indonesia turut mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu petang tadi.
Mereka Sedang Solat Ketika Kejadian Gempa Berlaku Dan Ini Terjadi Ketika Gempa Berlaku |
Berdasarkan video daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, tsunami setinggi tiga meter itu berlaku pada pukul 5.27 petang waktu Indonesia Timur, kira-kira 22 minit selepas gempa kuat itu menggoncang wilayah Kota Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.
Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Dwikorita Karnawati berkata, gempa bumi itu menyebabkan berlaku tsunami pada ketinggian lebih dari 50 sentimeter hingga maksimum tiga meter.
ARTIKEL MENARIK: Seorang Maut, 10 Cedera Gempa Bumi Gegar Sulawesi
“Setakat pukul 8 malam ini, BMKG mencatatkan sebanyak 22 kali gempa susulan dengan kekuatan antara 2.9 hingga 6.3 skala Richter selepas gempa kuat 7.7 skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala pukul 5.02 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan malam ini berkata, setakat ini enam orang dilaporkan terkorban akibat gempa dan kejadian tsunami itu. – Kosmo Online
Sekurang-kurangnya seorang mening – gal dunia dan 10 lagi cedera dalam gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia).
Wisma Putra dalam satu kenyataan malam tadi menyatakan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa ini.
“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besarnya di Jakarta dan Konsul Kehormat di Makassar telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Makassar bagi memastikan keselamatan mereka,” menurut kenyataan itu. – Astro Awani
Ketika Gempa Berlaku Mereka Sedang Solat Berjemaah Di Masjid
Tular di media sosial hari ini menunjukkan satu rakaman CCTV dimana mereka sedang menunaikan solat berjemaah dan tiba tiba gempa berlaku. Dalam rakaman ini ketika ianya berlaku ramai yang berlari keluar tetapi ada segelintir yang tinggal untuk menunaikan solat. Imam juga keluar.
By: KLV
Post a Comment