Tabung Harapan bukan untuk bayar hutang negara

Tabung Harapan bukan untuk bayar hutang negara

Tabung Harapan bukan untuk bayar hutang negara

Tabung Harapan bukan untuk bayar hutang negara
Tabung Harapan bukan untuk bayar hutang negara

Perdana Menteri Tun Mahathir berkata derma Tabung Harapan mungkin akan diberhentikan pada bulan september. Mungkin juga akan diteruskan jika perlu.

Setakat hari ini jumlah terkumpul derma dari rakyat kepada Tabung Harapan sudah menghampiri RM180 juta.

ARTIKEL MENARIK: Video : Anwar beri amaran pada Menteri PH beliau akan bersama pembangkang


Menurut Malaysian Insight, Tun Mahathir dipetik berkata inisiatif kerajaan melancarkan Tabung Harapan ini hanyalah simbolik patriotisme rakyat Malaysia, dan ia tidak ditubuhkan untuk membayar hutang kerajaan.

Rakyat dinasihatkan supaya tidak marah dan terkeliru kerana pada 30 Mei lalu, iaitu ketika pelancaran rasmi Tabung Harapan Tun Mahathir hanya berkata ia dilancarkan supaya rakyat dapat membantu masalah kewangan negara. Bukan membayar hutang.

sumber : Tun Carlos


Pada bulan 6 Lim Guan Eng dalam artikelnya di Berita Harian memaklumkan Tabung Harapan hanya untuk bayar hutang kerajaan

KUALA LUMPUR: Sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketika menegaskan pendirian itu, beliau berkata sekiranya jumlah tabung itu tidak mencukupi, kerajaan akan menampung baki yang diperlukan bagi melunaskan hutang terbabit.

“Kita tidak akan menggunakannya bagi tujuan lain, ini memang tidak dibenarkan. Jika jumlah tabung itu tidak cukup (untuk membayar hutang), kerajaan akan menambah jumlah selebihnya.

“Sebagai contoh, jika kita mahu membayar ansuran hutang kira-kira RM200 juta tetapi Tabung Harapan itu cuma ada RM50 juta, maka bakinya akan ditampung oleh kerajaan,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Tabung Harapan yang berjumlah RM54.89 juta setakat 9 Jun lalu, ditubuhkan pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat yang patriotik menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhannya juga membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.

Selain itu, mengulas kritikan PAS bahawa parti itu tidak mengamalkan pendekatan mewujudkan tabung sedemikian walaupun menanggung hutang di Kelantan, Guan Eng berkata beliau tidak pasti jika PAS layak memberi pandangan sedemikian.


“Saya tidak pasti sama ada PAS berhak untuk bercakap mengenai pengurusan ekonomi kerana dari segi pengurusan ekonomi, PAS tidak ada rekod yang baik. Kelantan adalah antara negeri yang selalu mengalami defisit sehinggakan perlu meminjam daripada kerajaan Persekutuan.

“Jika tidak meminjam daripada Kerajaan Persekutuan, mereka tidak dapat membayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Oleh itu saya rasa PAS perlu menguruskan ‘rumah’ mereka sendiri terlebih dahulu, tengok cermin dan tanya (diri) sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata kerajaan akan melantik firma audit luaran bagi memastikan aspek ketelusan.

“Ada pihak mencadangkan supaya mereka (firma audit luaran) memberi perkhidmatan itu secara percuma dan cadangan ini memang saya alu-alukan serta sokong, bagaimanapun kita perlu mencari sebuah firma audit yang sudi menawarkannya secara percuma dan amat berterima kasih,” katanya secara berseloroh.

Selain itu, terdapat kalangan warga Malaysia di luar negara yang menggesa kerajaan mendapatkan bantuan kedutaan asing bagi memudahkan sumbangan derma kepada Tabung Harapan.

Laporan sebelum ini menyatakan anak kelahiran Pulau Pinang, K Gurunathan, yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kapiti Coast di Wellington, New Zealand, akan menyumbangkan NZ$1,000 (kira-kira RM2,802) kepada Tabung Harapan.

“Sebagai rakyat Malaysia menolak politik perkauman, penindasan dan rasuah, yang mendorong permulaan kehidupan baru demi masa depan di New Zealand, saya merayu kepada diaspora Malaysia di New Zealand dan serata dunia untuk sama-sama menyokong kempen ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ada seramai 700,000 hingga sejuta rakyat Malaysia di serata dunia, termasuk 18,000 orang di New Zealand. – BERNAMA

Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post